Skip to main content

Hiburan

Senario Dilihat Tidak Semewah Pelawak Zaman Kini, Ini Respons Saiful Apek - “Harta Yang Hakiki Adalah…”

Astrogempak SENARIO (1)

Sekilas

  • Seorang individu bertanya kepada Saiful Apek mengapa ahli kumpulan lawak Senario tidak menikmati kehidupan semewah pelawak moden walaupun pernah mencipta fenomena dalam industri hiburan.
  • Individu itu menyentuh kejayaan Senario yang mempunyai lagu, album, sitcom, filem, dan konsert hingga ke Brunei dan Singapura, namun ahli kumpulan tidak kaya seperti pelawak generasi baru.
  • Saiful Apek menjawab dengan ringkas bahawa kekayaan sebenar adalah hati yang merasa cukup, dan ramai netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Advertisement

Seorang individu berjaya menarik perhatian pelawak, Saiful Apek yang mengajukan soalan mengenai kehidupan kumpulan lawaknya, Senario yang dilihat tidak semewah pelawak moden masa kini.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut mempersoalkan mengapa ahli Senario tidak menikmati kehidupan semewah kumpulan pelawak generasi baharu walaupun pernah mencipta fenomena dalam industri hiburan tanah air.

Advertisement

“Tadi tengok highlight konsert Senario sempena 30 tahun, dan aku terfikir, kumpulan Senario adalah satu-satunya kumpulan yang ada lagu dan album sendiri, ada sitcom sendiri, ada filem sendiri yang boleh dikatakan berjaya di pawagam, konsert pula bukan kaleng-kaleng hingga ke Brunei dan Singapura.

“Tapi kenapa ahli-ahli Senario kehidupan tidak sesenang dan sekaya kumpulan pelawak moden sekarang seperti Sepahtu dan Jozan? Adakah sistem kontrak pengurusan dulu ambil kesempatan atau ada kemungkinan lain?” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, soalan tersebut tidak menyinggung perasaan Saiful Apek, sebaliknya dia tampil memberikan jawapan yang ringkas buat individu tersebut.

“Harta yang hakiki adalah hati yang sentiasa merasa cukup,” balasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Saiful Apek atau nama lengkapnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement