Skip to main content

Hiburan

Sentiasa Dahulukan Suami, Fattah Amin Kongsi Keistimewaan Amira Othman - “Dia Minta Izin, Dia Isteri Syurga…”

dwds

Pelakon Fattah Amin mengakui antara perkara yang membuatkan isterinya, penyanyi Amira Othman begitu istimewa di matanya adalah sifat penyayang dan sikap sentiasa mengutamakan suami dalam segala hal.

Menerusi satu temubual bersama akaun rasmi pereka fesyen terkenal Fiziwoo, Fattah mendedahkan keperibadian Amira yang dianggapnya sebagai ‘isteri syurga’.

Advertisement

 

@fiziwoofficial Setiap pertemuan ada kisahnya, setiap pandangan pertama ada maknanya. Bagi Fattah & Amira, keindahan FIZIWOO bukan sekadar rekaan ia tentang rasa, tentang tradisi yang dihidupkan semula dengan penuh kasih. #fiziwoo #fiziwooartisanal #fiziwoobridal #setulustakdirfattahamira #fattahamin ♬ original sound - fiziwoo

 “She’s always prioritizekan her husband. Itu satu perkara yang saya rasa sangat istimewa tentang dia.

 

“Apa-apa pun, dia akan dahulukan saya, tanya pendapat saya, minta izin saya, dan ambil tahu apa yang saya suka.

“Itu buat saya rasa dia sangat special… dia isteri syurga,” kata Fattah.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan penuh sederhana di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu.

Majlis resepsi mereka kemudiannya diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor pada Sabtu lalu.

Pasangan sama cantik sama padan itu tampil memukau dalam busana tradisional Melayu rekaan Fiziwoo, dengan pelamin megah seumpama singgahsana diraja yang dihiasi ribuan kuntum bunga merah, melambangkan cinta dan kesetiaan.

Must-Watch Video

Advertisement