Sekilas
- Seorang individu bernama Akmar yang mendakwa sepupu kepada pelakon Siti Khadijah Halim tampil mempertahankan aktres itu daripada kecaman netizen.
- Akmar menjelaskan Siti Khadijah adalah wanita berpendirian dan mempunyai impian untuk dirinya serta ibu bapanya.
- Akmar menegaskan pertahanan itu bukan semata-mata atas dasar kekeluargaan, tetapi kerana menghargai bakat dan peribadi Siti Khadijah.
Seorang individu dikenali sebagai Akmar yang mendakwa dirinya sepupu kepada pelakon Siti Khadijah Halim tampil mempertahankan keperibadian aktres tersebut daripada kecaman netizen.
Menerusi komen di Threads, individu berkenaan menyifatkan Siti Khadijah sebagai wanita yang mempunyai pendirian serta impian untuk diri sendiri dan ibu bapanya.
Akmar turut menegaskan perkongsian tersebut bukan semata-mata untuk membela pelakon itu atas dasar hubungan kekeluargaan.
“Hi, saya sepupu SKH. Kami rapat masa kecil, cuma sekarang lama tak jumpa sebab komitmen masing-masing.
“Saya pun lama tak balik Melaka yang merupakan rumah nenek kami.
“Bukan backup sebab keluarga, tetapi SKH memang wanita yang ada level dia sendiri. Dia takkan semudah itu untuk terjebak dalam gosip-gosip murahan.
“Dia ada impian dia, untuk dia dan untuk ibu bapa dia. Jadi, berhentilah netizen kecam dia. Tengok bakat dia,” tulisnya.
Sumber: Threads