Skip to main content

Selebriti

Sering Dilihat ‘Happy Go Lucky’, Aya Amiruddin Kongsi Sisi Lain - “Bila Sedih, Saya Pilih Untuk Menyendiri”

Aya happy go lucky

Sekilas

  • Aya Amiruddin berkongsi bahawa walaupun dia kelihatan sentiasa ceria, dia juga mengalami rasa lelah dan sedih seperti manusia biasa.
  • Aya memilih untuk menyendiri ketika sedih dan tidak suka menjadikan emosi sebagai tontonan umum, sebaliknya mahu membawa kegembiraan kepada orang lain.
  • Dia menegaskan bahawa kesedihan adalah proses penting dalam kehidupan dan mengajak semua orang untuk terus bangkit dan kekal bahagia bersama.

Personaliti media sosial dan pelakon, Aya Amiruddin yang dikenali sebagai seorang yang sentiasa ceria tampil berkongsi sisi peribadi mengenai kehidupan dan juga emosinya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Aya menjawab persoalan ramai yang menganggap dirinya sentiasa gembira.

Menurut Aya, sebagai seorang manusia, dia juga tidak terlepas dari berasa lelah.

“Orang ramai tanya, “Aya ni memang sentiasa happy eh?" Bukan kehidupan lah kalau kau sentiasa bahagia, sentiasa diatas, sentiasa selesa. Aku pun seorang manusia biasa, kadang lelah, kadang sakit, kadang luka,” coretnya.

Jelas Aya lagi, dia mempunyai cara tersendiri untuk berdepan dengan kesedihan.

Antaranya adalah dia lebih selesa memilih untuk menyendiri dan tidak menjadikan emosi sebagai tontonan umum.

“Sebab bila aku sedih, aku pilih untuk menyendiri. Berdiam diri. Malas nak cakap, malas nak heboh. Aku tak suka sedih-sedih sebenarnya. Lagi-lagi orang lain. Aku kalau boleh nak semua orang happy, gelak.

“Alhamdulillah, Tuhan bagi satu kelebihan dekat jasad ni, mampu nak bagi orang lain ketawa, mampu nak bagi orang senyum. Aku bersyukur sangat. Bersyukur dengan apa Tuhan bagi ni.

“Rasa macam "Ya Allah terima kasih sebab izinkan aku ni untuk jadi asbab kegembiraan orang lain. Lagi pun kehidupan ni begitu lah, dik,” kongsinya.

Tambah Aya, kesedihan bukan sesuatu yang perlu dielakkan, sebaliknya satu proses penting dalam menjalani kehidupan.

“Jangan lah takut untuk bersedih sebab dengan kesedihan itulah mengajar kita tentang kehidupan. Sedih jangan lama. Kena bangkit. Sedih, meraung, bangkit. Stronger. Gitu ler.

“Jadi nak menjawab persoalan korang, aku ni memang happy je ke sentiasa, adalah, ya, most of a time aku happy.

“Syukur. Kalau tak happy, nanti-nanti happy la balik. Tuhan kan ada. Paling penting, korang kena happy tau. Kita happy sama-sama, ok?” coretnya.

Perkongsian Aya  menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menghargai keterbukaannya dan menganggapnya sebagai satu peringatan bahawa setiap insan, tanpa mengira populariti, tetap melalui perjalanan emosi yang sama.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement