Skip to main content

Selebriti

Sering Ditanya Mengenai Vida, Fazley Yaakob Jawab - “Ya, Cik B & Kacak Memang Saya Dah Anggap Macam Anak Sendiri”

Fazley vida

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menganggap Cik B dan Kacak, anak-anak Datuk Seri Vida, seperti anak sendiri.
  • Fazley berkongsi bahawa hubungan baik mereka turut disenangi oleh ahli keluarganya.
  • Fazley menghargai doa dan sokongan orang ramai serta menjawab spekulasi mengenai hubungannya dengan Vida secara neutral.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui sudah menganggap anak-anak usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B dan Kacak seperti anak sendiri.

Menerusi perkongsian di media sosial, Fazley berkata hubungan baik yang terjalin antara mereka turut disenangi oleh ahli keluarganya.

“Semua orang tanya saya pasal DSV, ya betul, Cik B dan Kacak tu memang saya dah anggap macam anak sendiri.

“Payish serta anak-anak saya pun selesa sahaja dengan DSV. Kepada yang mendoakan tu terima kasih banyak,” tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran yang sama, Fazley turut menghargai doa dan sokongan yang diberikan oleh orang ramai terhadap dirinya.

“Kepada yang bertanya, saya rasa banyak dah saya cuba jawab dalam cara yang paling neutral, sampai dah tak tahu nak jawab macam mana lagi dah hahaha, help,” coretnya.

Sekadar info, Fazley sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa bersama Vida.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement