Skip to main content

Selebriti

Sering Lihat Kisah Curang, Mekyun Nasihat Wanita Tak Perlu Merayu Untuk Dipilih - “Lelaki Curang Tak Menjadikan Anda Kurang Cantik, Kurang Berharga…”

Mekyun

Sekilas

  • Mekyun berkongsi pandangan tentang isu kecurangan yang semakin kerap dibincangkan dalam kalangan wanita di media sosial.
  • Dia menasihati wanita supaya tidak merendahkan maruah diri demi lelaki yang pernah mengkhianati kepercayaan mereka.
  • Mekyun menegaskan wanita yang tahu nilai diri tidak akan merayu, sebaliknya memilih diri sendiri dan tidak bertoleransi dengan kecurangan.

Personaliti media sosial, Mekyun tampil berkongsi pandangannya mengenai isu kecurangan yang dilihat semakin kerap diperkatakan dalam kalangan wanita di media sosial.

Menerusi hantaran di platform Threads, Mekyun menitipkan pesanan kepada golongan wanita agar tidak merendahkan maruah diri demi mempertahankan hubungan dengan lelaki yang pernah memgkhianati kepercayaan mereka.

Menurut Mekyun, kecurangan seseorang lelaki tidak sesekali menentukan nilai atau harga diri seorang wanita.

“Bukak Threads je hari-hari nampak cerita perempuan kena curang. Jangan sesekali rendahkan standard dan harga diri untuk lelaki yang pernah mengkhianati anda.

“Lelaki yang curang tidak menjadikan anda kurang cantik, kurang berharga atau kurang bernilai. Itu kerugian dan masalah dia, bukan anda,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Mekyun turut menjelaskan bahawa dia tidak akan berfikir panjang sekiranya berdepan situasi yang sama.

“Dan kalau terjadi dekat saya? Bye. Tak perlu tanya orang apa yang perlu saya lakukan.

“Wanita yang tahu nilai dirinya tidak akan merayu untuk dipilih. Dia memilih dirinya sendiri. Ketahuilah nilai diri anda, para wanita,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement