Sekilas
- Teaser trailer filem TERBANG mendapat pujian netizen kerana visual sinematik dan aura perlumbaan yang setanding filem Hollywood seperti F1 dan Top Gun.
- Identiti visual filem ini, termasuk rekaan tipografi dan penggunaan warna, dianggap segar dan menarik untuk filem tempatan.
- Filem aksi perlumbaan ini diinspirasikan daripada kisah legenda sukan permotoran Malaysia, Karamjit Singh, dan menampilkan pelakon popular seperti Zizan Razak.
Teaser trailer rasmi filem TERBANG mula mencuri perhatian ramai apabila menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang teruja dengan visual sinematik dan aura perlumbaan yang dipaparkan.
Menerusi perkongsian di media sosial, rata-rata pengguna memuji kualiti sinematografi, teknik warna (colour grading) serta gaya pengarahan filem tersebut yang disifatkan setanding karya antarabangsa.
Malah, ada yang menyamakan naskhah arahan Chiu Keng Guan itu dengan filem-filem perlumbaan dan aksi popular Hollywood seperti F1, Top Gun dan Gran Turismo.
“Shot ala-ala Hollywood. Tabik Astro Shaw,” tulis seorang pengguna.
"Seriuslah ini filem Malaysia? Wow!” komen seorang lagi netizen.
“Fuh! Sinematografi macam tengok filem Hollywood dah. Respect Astro Shaw!” ujar seorang pengguna lain.

Selain visual yang memukau, ramai turut mengakui teaser berdurasi singkat itu berjaya memberikan rasa debaran dan adrenalin kepada penonton.
“Tengok trailer pun dah berdebar. Tak sabarnya nak tengok!
“Harap babak perlumbaan dia sehebat filem Gran Turismo, F1 dan Top Gun. Memang naik adrenalin,” tulis netizen.

Dalam masa sama, identiti visual filem tersebut turut menerima pujian khususnya daripada aspek rekaan tipografi dan penggunaan warna yang dianggap segar untuk sebuah filem tempatan.
“Font macam gaya F1. Harap videografi pun padu. Tak pernah tengok filem Malaysia macam ini.
“Fuhhhh ini macam… warna dia memang cantik,” komen pengguna media sosial.

Tidak hanya itu, kehadiran pelakon popular Zizan Razak dalam filem berkenaan turut menjadi topik hangat dalam kalangan peminat.
Salah satu komen mengenai Zizan malah berjaya meraih ribuan tanda suka dalam TikTok.
“Because Zizan is in it, it’s the best movie,” tulis seorang pengguna.
Dengan sambutan awal yang memberangsangkan, ramai kini menyifatkan TERBANG sebagai sebuah filem aksi perlumbaan tempatan yang tampil dengan skala lebih besar serta menawarkan pengalaman sinematik berbeza kepada penonton.
TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas rali dunia.
Filem yang akan temui penonton di pawagam tidak lama lagi ini dibarisi pelakon hebat seperti Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.