Skip to main content

Hiburan

Seronok Layan Ragam Anak, Alyah Syukur Izzara Mudah Dijaga - “Kalau Meragam Pun Masih Okay, Tak Ada Sampai Baring…”

ASTROGEMPAK Datin alyah

Sekilas

  • Datin Alyah berkongsi pengalaman mengurus ragam anaknya, Nur Izzara, terutama ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
  • Anaknya mudah dijaga dan tidak pernah meragam keterlaluan, mungkin kerana sering berkawan dengan orang dewasa di rumah.
  • Keluarga Alyah merancang menyambut Hari Raya di Johor dan Singapura, dengan Alyah teruja membeli banyak baju raya untuk anaknya yang kini sudah boleh berjalan.
Advertisement

Penyanyi Datin Alyah berpendapat setiap ibu bapa perlu bersedia untuk berdepan ragam anak, terutamanya ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

 

Advertisement

Menurut Alyah, dia bersyukur kerana anaknya, Nur Izzara, mudah dijaga dan tidak pernah meragam keterlaluan seperti baring di lantai.

 

“Saya rasa, kita sebagai ibu memang kena bersiap sedia dengan ragam anak. Tapi bagi saya, melayan ragam anak ini menyeronokkan. Sebab selalu bila jaga anak buah, bila meragam kita bagi mak dia balik. 

Advertisement

 

“Tapi ini bila anak sendiri meragam, memang kita la kena handle. Alhamdulillah anak saya kalau meragam pun masih okay. Dia tak ada sampai baring dekat lantai. 

 

“Kita masih boleh kawal dia. Mungkin sebab dekat rumah dia berkawan dengan orang besar, tak ada yang kecil sebaya dia,” kata Alyah kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, isteri kepada pemuzik terkenal Ramli MS itu turut berkongsi perancangannya menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di Johor dan Singapura.n.

 

“Raya kali ini memang balik Johor dan Singapura. Tapi kami di Johor dahulu kemudian baru ke Singapura,” katanya. 

 

Berkongsi pengalaman membeli pakaian raya untuk anak, Alyah mengakui teruja kerana tahun ini merupakan pengalaman berbeza buat mereka.

 

“Baju raya anak memang banyak la untuk tahun ini. Sebab tahun lalu dia tak boleh berjalan lagi, tahun ini dah boleh berjalan. Banyak juga shopping baju raya dia dan ia satu pengalaman yang menyeronokkan,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

Must Watch Video

Advertisement