Skip to main content

Hiburan

Sertai ‘Ride’ Subuh Macam Jumaat, Alif Satar Puji Hun Haqeem - “Macam Ni Baru Idola Gen Z”

Alif Satar

Sekilas

  • Alif Satar memuji Hun Haqeem yang menyertai konvoi motosikal ‘Ride Subuh Macam Jumaat’ walaupun sibuk dengan jadual seni.
  • Alif menganggap Hun sebagai contoh terbaik dan idola bagi generasi muda masa kini.
  • Hun membalas pujian dengan menyifatkan Alif sebagai individu yang banyak memberi inspirasi kepada orang ramai.

Selebriti versatil, Alif Satar memuji pelakon, Hun Haqeem yang turut menyertai gerakan konvoi motosikal ‘Ride Subuh Macam Jumaat’ yang dianjurkannya, baru-baru ini.

Menerusi Instagram, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar yang memuat naik momen dirinya bersama beberapa individu ketika jelajah tersebut meluahkan rasa kagum terhadap kesungguhan Hun.

Ujar Alif, meskipun sibuk dengan jadual seni namun, Hun tetap berusaha untuk meluangkan masa menyertai konvoi tersebut.

“Ride Subuh baru-baru ni, ternampak beberapa muka ‘familiar’. Terima kasih sebab sudi luangkan masa dan jadi sebahagian daripada jelajah ini, Hun Haqeem,” kongsi Alif.

Dalam masa sama, Alif turut menyifatkan Hun sebagai contoh terbaik buat generasi muda masa kini.

“Macam ni la baru idola Gen Z,” ujarnya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya turut mendapat respon daripada Hun yang berpendapat bahawa Alif sebenarnya individu yang banyak memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Kata-kata seorang yang banyak memberikan inspirasi, to the next one,” komen Hun.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement