Skip to main content

Hiburan

Setahun Setengah Tinggalkan Sekolah Ikut Tahfiz, Anak Aidid Marcello Berjaya Peroleh 8A Dalam SPM - "Ini Semua Kerja Allah..."

Aidid Marcello

Sekilas

  • Muhammad Iman, anak kepada personaliti televisyen Aidid Marcello, berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A 1B dalam peperiksaan SPM.
  • Iman menuntut ilmu di pusat tahfiz selama setahun setengah sebelum kembali ke sekolah, menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan akademiknya.
  • Peperiksaan SPM 2025 mencatatkan Gred Purata Kebangsaan terbaik sejak format baharu diperkenalkan, dengan peningkatan skor kepada 4.42 mata.

Anak kepada personaliti televisyen, Aidid Marcello iaitu Muhammad Iman berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi perkongsian di Instagram, Aidid meluahkan rasa syukur terhadap kejayaan anaknya itu yang memperoleh keputusan 8A 1B dalam peperiksaan tersebut.

Menurut Aidid, perjalanan akademik Muhammad Iman bukanlah mudah apabila anaknya itu mengambil keputusan untuk menuntut ilmu di pusat tahfiz selama kira-kira setahun setengah sebelum kembali menyambung pelajaran di sekolah.

"Alhamdulillah, ni semua kerja Allah. Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal al-Quran, semua pun risau, sempat ka nak catch up balik belajar. Macam-macam ujian Iman tempuh masa Tahfiz & masa sambung sekolah balik.

"Tapi dia senyum, diam & layan ja. Anak yang tak banyak cakap, tak banyak menjawab & kadang-kadang pelik bila dia belajar. Daddy & mummy sangat bangga & terkejut. Memang betul, jangan pernah putus doa, minta mak ayah doa, atok nenek doa," tulisnya.

Dalam pada itu, Aidid tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua pelajar lain yang turut menduduki SPM, sambil mendoakan agar mereka semua dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu pada masa hadapan.

"Tahniah juga kepada anak-anak yang lain. Kita saling mendoakan semoga mereka semua ni dipermudahkan dan dapat belajar di tempat yang terbaik serta berjaya dunia akhirat," tambahnya.

Sekadar info, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) terbaik sejak format baharu diperkenalkan pada 2021, dengan mencatatkan skor peningkatan kepada 4.42 mata.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Mohd Azam Ahmad berkata, GPK 2025 menunjukkan peningkatan berbanding 4.49 mata pada 2024, dengan skor lebih rendah menandakan pencapaian keseluruhan yang lebih baik.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement