Skip to main content

Hiburan

Shaheizy Sam Rasa 50-50 Nak Terima Tawaran CHELOT Sebab…

Menurut Shaheizy, perasaan tersebut timbul kerana sebelum ini dia lebih banyak membawa watak baik yang memerlukan dirinya menjaga tingkah laku dihadapan peminat.

Sekilas

  • Shaheizy Sam mengaku rasa takut dan janggal apabila kembali membawa watak antagonis selepas lebih 10 tahun membawakan watak baik.
  • Dia pada awalnya ragu-ragu untuk terima watak dalam filem CHELOT, tapi akhirnya tertarik selepas memahami jalan cerita dan karakter yang ditawarkan.
  • Filem CHELOT arahan Adrian Teh akan ditayangkan di pawagam Ogos ini dan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Longest Single-Take Action Sequence.
Advertisement

Pelakon, Shaheizy Sam mengakui berdepan perasaan takut dan janggal ketika kembali membawa watak antagonis selepas lebih 10 tahun tidak menjayakan karakter sebegitu.

 

Menurut Shaheizy, perasaan tersebut timbul kerana sebelum ini dia lebih banyak membawa watak baik yang memerlukan dirinya menjaga tingkah laku dihadapan peminat.
 

“Bila lebih 10 tahun tak bawa watak antagonis, saya rasa takut tau. Sebab bila kita bawa watak baik kita kena jaga tingkah laku kita supaya penonton tak nampak jahat tapi ini bila kita bawa watak sebegitu kita pula jadi janggal tapi tak mengapalah sebab wataknya sudah sebegitu. Itu yang saya lalui,” katanya kepada Gempak. 


Berkongsi mengenai keputusan menerima tawaran membintangi filem CHELOT, Shaheizy berkata pada awalnya dia berada dalam keadaan 50-50 untuk menerima watak berkenaan.


“Awal-awal bila dapat watak ini saya jadi 50-50, satu sebab saya dah tua jadi lebih kepada nak duduk dekat rumah dan luang masa bersama keluarga.


“Awal itu memang 50-50 sehingga dia datang dan borak dengan saya mengenai cerita dan karakter dan baru saya rasa saya kena buat certia ini. Sebab cerita ini memang sangat-sangat bagus,” katanya lagi. 


Pada masa sama, Shaheizy berkongsi pengarah CHELOT, Adrian Teh tidak pernah memujuknya untuk menerima tawaran tersebut. 


Sebaliknya hanya berkongsi mengenai jalan cerita dan karakter yang bakal dibawanya.


“Adrian tidak pujuk, dia hanya ceritakan sebab pada akhirnya kita yang kena buat keputusan, bila dia ceritakan tu saya dapat bayangkan watak itu,” ujarnya. 


Selain Shaheizy Sam CHELOT turut dibintangi pelakon-pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Nadhir Nasar dan Alicia Amin. 


Filem ini juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Longest Single-Take Action Sequence in a Movie.

 

Advertisement

Filem arahan Adrian Teh itu dijadualkan menemui penonton di pawagam pada Ogos ini.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement