Skip to main content

Hiburan

Shahida Bukan Tak Mahu 'Comeback' Tapi....

Datin Seri Shahida

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mengkui tidak mempunyai perancangan untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian.

Menurut Shahida, meskipun ada pihak yang bertanya bila mahu kembali aktif dalam dunia nyanyian bersama kumpulan Solehah, namun dia percaya perkara itu sukar untuk direalisasikan memandangkan komitmen masing-masing mempunyai komitmen yang tersendiri. 

“Ada juga orang tanya untuk buat comeback untuk kumpulan Solehah, tapi saya rasa mungkin sebab kita masing-masing pun dah ada yang beranak pinak dan umur pun dah meningkat.

“Jadi masa tu dah sibuk. Mungkin nak comeback tu tak mungkinlah,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Shahida menjelaskan penglibatannya dalam lagu Mama Papa Raya bukanlah sebagai usaha untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Sebaliknya, ia dilakukan sekadar untuk mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga.

“Untuk solo memang tiada dan saya juga tiada perancangan nak menyanyi solo.

“Saya buat Mama Papa Raya sebab nak ada memori bersama keluarga. Kita dah bayar dua tahun lepas tapi tak buat, jadi kita gunakan lagu tu untuk tahun ini supaya dapat masukkan semua ahli keluarga,” ujarnya.

Tambah Shahida lagi, meskipun Mama Papa Raya mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan peminat, mereka tidak mempunyai sebarang perancangan khusus untuk merakamkan sebuah lagi lagu bersama-sama. 

Katanya, untuk merakamkan muzik video sahaja memerlukan kesabaran yang tinggi dan perancangan yang rapi memandangkan anak-anaknya masih ada yang masih kecil.

“Nak kata ya pun susah juga sebab sebenarnya kalau kita nak buat video klip dengan semua ahli keluarga ni bukan mudah.

“Sebab kita kena handle budak kecil, jadi memang menguji kesabaran juga. Mungkin kena tunggu anak-anak besar sikit. Tapi kalau nak buat lagi tahun depan pun masih 50-50, kena fikir dulu,” tambahnya. 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Must-Watch Video

Advertisement