Skip to main content

Hiburan

Shahida Didik Anak-Anak Kepentingan Menziarahi Dan Mengurus Jenazah - “Moga Mampu Urus Jenazah Mama Dan Abah Suatu Hari Nanti”

Astro Gempak 329

Sekilas

  • Datin Seri Shahida berkongsi usaha mendidik anaknya, Ammar Ahyan, mengenai tanggungjawab fardu kifayah dalam pengurusan jenazah.
  • Didikan ini asalnya dari ibu bapa Shahida dan kini diteruskan sebagai persediaan anak-anak menghadapi realiti kehidupan.
  • Shahida berharap Ammar dapat menjadi contoh kepada adik-beradik lain dan mampu menguruskan jenazah keluarga pada masa depan.
Advertisement

Usahawan dan penyanyi, Datin Seri Shahida berkongsi usaha mendidik anaknya, Ammar Ahyan mengenai tanggungjawab fardu kifayah khususnya dalam pengurusan jenazah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida mendedahkan didikan tersebut pada awalnya diterapkan oleh ibu bapanya.

Advertisement

Kemudian, mahu diterapkan juga sebagai persediaan awal buat anak-anaknya menghadapi realiti kehidupan.

“Dulu masa ayah dan mama masih ada, wajib kalau ada orang meninggal kena datang. Mereka akan hubungi setiap anak untuk hadir jika ada kenalan atau saudara yang meninggal dunia.

“Tapi bila ayah dan mama dah tiada, mama pula dah terbiasa dan nak ajar anak-anak supaya jadikan ini sebagai satu tanggungjawab fardu kifayah,” katanya.

Tambahnya, dia mahu anaknya terutama Ammar Ahyan mendapat pengalaman dalam menguruskan jenazah agar lebih bersedia pada masa hadapan.

“Terutama Ammar Ahyan untuk dapatkan pengalaman pengurusan jenazah.

“Mudah-mudahan suatu hari nanti bila mama dengan abah dia dah tiada, dia mampu uruskan kami berdua.

“Mandikan kami, solatkan kami dan uruskan pengebumian kami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shahida berharap anak sulungnya itu dapat menjadi contoh kepada adik-beradik lain dalam memahami kepentingan tanggungjawab tersebut.

“Semoga Ammar menjadi contoh buat adik-adik yang lain,” katanya.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement