Sekilas
- Datin Seri Nur Shahida berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-15 anaknya, Qadejah El Zahra, menerusi video di TikTok.
- Shahida meluahkan rasa terharu melihat Qadejah membesar dengan cepat dan tidak puas menikmati detik-detik zaman kecilnya.
- Dia turut mendoakan agar Qadejah terus membesar menjadi insan hebat dan dilindungi dari perkara buruk.
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran ke-15 anaknya, Qadejah El Zahra.
Menerusi TikTok, Shahida dilihat memuat naik video memaparkan momen kenangan bersama Qadejah sewaktu anaknya itu masih bersekolah rendah.
Ujar Shahida, dia berasa terharu melihat Qadejah membesar dengan begitu cepat hingga membuatkan dirinya terasa seakan belum puas mengikuti setiap detik tumbesaran puteri kesayangannya itu.
“25 November genaplah 15 tahun umur Qadejah. Alahai kejapnya masa berlalu.
“Tak puas rasanya menikmati zaman kecil dia. Dah besar dah anak dara abah dan mama ni,” kongsinya.
Di akhir perkongsian, Shahida menitipkan doa agar Qadejah dapat membesar dan menjadi orang yang hebat.
“Semoga pengalaman hidup dapat mendewasakan dia di masa depan. Semoga Qadejah dilindungi daripada perkara yang tidak baik.
“Selamat hari jadi Qadejah, semoga terus membanggakan mama dan abah,” ujarnya.
Sumber: TikTok