Skip to main content

Selebriti

Shahida Sebak Kongsi Kisah Sedih Aliff Syukri, Hidup Dalam ‘Broken Family’ - “Dia Pernah Gunting & Cantumkan Gambar Nak Bagi Ada Foto Satu Keluarga”

Shahida sebak kisah Aliff Syukri

Sekilas

  • Datin Seri Nur Shahida berkongsi kisah sedih tentang zaman kanak-kanak suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri, yang membesar tanpa keluarga lengkap.
  • Aliff pernah mencantumkan gambar-gambar lama untuk menghasilkan foto keluarga lengkap kerana tiada gambar keluarga sempurna semasa kecil.
  • Pengalaman pahit itu membuatkan Aliff berpesan supaya elakkan bercakap tentang cerai walaupun bergaduh demi menjaga perasaan anak-anak.

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi kisah sedih mengenai perjalanan hidup suaminya ketika zaman kanak-kanak.

Menurut Shahida, Aliff sebenarnya melalui fasa kehidupan yang sukar sejak kecil apabila terpaksa membesar tanpa keluarga yang lengkap dan momen itu memberi kesan mendalam kepada emosi suaminya.

“Macam papa, dia dah lah susah, tak duduk dengan parents, dah bercerai, ialah kesusahan masing-masing tengah sibuk cari rezeki untuk menafkahi anak.

“Jadi zaman kanak-kanak itu tak ceria, sampai dia menangis, dia kata ‘tau tak saya dulu kan tak pernah ada gambar satu keluarga. Mak, abah, adik-beradik lain tak pernah lengkap,” katanya menerusi video yang tular di Threads.

Tambah Shahida lagi, apa yang lebih menyedihkan apabila suaminya itu pernah berusaha mencantumkan gambar-gambar lama semata-mata untuk menghasilkan satu foto keluarga yang lengkap.

Disebabkan itu juga, Shahida berkata dirinya turut berasa sebak apabila melihat suaminya menangis sewaktu berkongsi tentang perkara itu bersama dengannya.

“Sampaikan dulu masa kecil, dia siap cantum-cantumkan gambar nak bagi ada satu frame. Sedih pula… Sampai macam tu dia buat sebab tak ada gambar satu keluarga.

“Saya pula rasa sebak sebab saya dengar dia bercerita, dia menangis jadi kita rasa sedih. Walaupun kita tak merasa tapi bila dia cerita tu kita boleh feel,”

Ujar Shahida lagi, pengalaman pahit yang dilalui oleh Aliff itu membuatkan suaminya sering berpesan walaupun berlaku pertelingkahan, jangan sesekali membawa kepada perceraian.

“Dia selalu cakap dengan saya, kalau kita ni bergaduh macam mana pun jangan cakap cerai. Dia dah pernah ada family broken, tak nak anak-anak rasa apa yang dia rasa.

“Kalau gaduh teruk sekali pun jangan cakap minta cerai, kesian anak-anak dia kata. Kita ni bukannya jahat pun, saya tak jahat, dia pun tak jahat.

“Cuma kadang-kadang kita bergaduh, tapi jangan jadikan itu alasan untuk rumah tangga kita porak peranda.” jelasnya.

Must-Watch Video

Advertisement