Sekilas
Pelawak, Shahrol Shiro memaklumkan dia sedang merangka beberapa cadangan bagi membantu menyelamatkan industri hiburan komedi tanah air.
Perkara itu dikongsikan Shahrol menerusi satu hantaran di Instagram selepas rakan seindustri, Fad Bocey meluahkan realiti pahit mengenai perjalanan seni golongan pelawak yang tidak lagi semeriah dahulu.
Menurut Shahrol, industri komedi masih mempunyai peluang untuk kembali bangkit sekiranya pendekatan dan sajian kandungan diubah mengikut selera penonton masa kini.
“Kata sahabat saya industri komedi Malaysia hari ini tenat, program-program komedi di televisyen pun setahun sekali sahaja. Ada yang sudah balik kampung dan ada juga yang ‘tarik handbrake’.
“Namun pada pandangan saya, industri komedi kita masih boleh diselamatkan. Sajian komedi perlu diubah dan disesuaikan dengan cita rasa penonton hari ini.
“Saya cuba merangka beberapa cadangan agar industri komedi kita kembali subur. Secara peribadi, saya sangat sayangkan seni komedi kerana ia banyak mengubah hidup saya,” katanya.
Shahrol turut berharap idea baharu yang bakal diketengahkan dapat membuka ruang serta peluang kepada pelawak tempatan untuk terus berkarya dan kekal relevan dalam industri hiburan.
Terdahulu, pelawak Fad Bocey atau Muhammad Fadzlie Mohd. Nizam, 34, memaklumkan dia reda menerima hakikat bahawa perjalanan seni golongan pelawak kini semakin suram berbanding suatu ketika dahulu.
Menurut Fad, sama ada disedari atau tidak, setiap penggiat seni termasuk pelawak, penyanyi dan pelakon pasti akan melalui fasa naik dan turun dalam kerjaya mereka, ibarat roda yang sentiasa berputar.