Ringkasan AI
- Shaniena Natasya berkongsi perubahan hidup selepas mendirikan rumah tangga di Threads.
- Dia mula berubah selepas kecewa dalam percintaan dan mula ke kelab malam, di mana dia bertemu suaminya, seorang DJ.
- Shaniena memeluk agama Islam dan kini sudah dua tahun meninggalkan minuman keras.
- Dia tidak lagi ke kelab malam kecuali jika suaminya ada kerja.
- Shaniena berkahwin dengan Wasim pada Mei 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada Jun lalu.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya berkongsi mengenai perubahan yang berlaku dalam hidupnya selepas mendirikan rumah tangga.
Menerusi Threads, Shaniena atau nama sebenarnya Shaniena Natasya Choudhry memaklumkan bahawa semuanya bermula selepas dirinya kecewa dalam percintaan.
“Bayangkan daripada seorang remaja yang tak suka dan tak pernah pergi ke kelab malam kemudian patah hati dan memilih untuk ke kelab malam.”
“Kemudian bercinta dengan DJ di kelab yang akhirnya menjadi suami kepada saya,” kongsi Shaniena di Threads.
Tambah Shaniena, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan mendirikan rumah tangga dengan Wasim.
Ujarnya, antara perubahan terbesar yang berlaku dalam dirinya ialah apabila dia perlu berjuang meninggalkan minuman keras.
“Saya memeluk agama Islam dan sekarang memang tidak lagi ke kelab malam melainkan suami saya ada kerja.”
“Kini sudah dua tahun saya tinggalkan minuman keras. Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi sangat bermakna bagi diri saya,” ujarnya.
Sekadar info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Mei 2023 lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada Jun lalu.
Perkongsian Shaniena:

Sumber: Threads