Skip to main content

Hiburan

Sharul Kamal Cadang Alumni AF7, AF9, AF2015 & AF2016 Isi Kekosongan GV Fantasia - “Barulah Fight Ikut Batch”

Sharul Kamal Cadang Alumni AF7, AF9, AF2015 & AF2016 Isi Kekosongan GV Fantasia - “Barulah Fight Ikut Batch”

Sekilas

  • Sharul Kamal mencadangkan empat kekosongan peserta GV Fantasia diisi oleh alumni Akademi Fantasia dari batch AF7, AF9, AF2015 dan AF2016 yang masih belum mempunyai wakil.
  • Cadangan ini bertujuan memberi peluang kepada setiap generasi AF untuk turut serta dan mencipta suasana 'perang batch' yang menyeronokkan bagi peminat.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni AF dengan hos Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, serta juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, disiarkan setiap Ahad di Astro Ria.
Advertisement

Penyanyi, Sharul Kamal berpendapat bahawa empat kekosongan peserta bagi program GV Fantasia dapat diisi oleh alumni Akademi Fantasia (AF) daripada ‘batch’ yang masih belum mempunyai wakil.

Menurut Sharul, peluang itu wajar diberikan kepada alumni AF7, AF9, AF2015 dan AF2016 memandangkan ‘batch’ berkenaan masih belum mempunyai wakil.

Advertisement

Jelasnya, cadangan itu bukan bermaksud alumni lain tidak layak, sebaliknya mahu setiap generasi dari program Akademi Fantasia turut serta.

“Kalau nak masuk, sebenarnya saya nak kalau boleh semua masuk. Tapi benda itu tak logik.

“Tetapi apa kata kalau kita isi ruang itu kepada ‘batch’ yang tak ada? Yang tak ada ialah ‘batch’ dari AF7, AF9, AF2015 dan AF2016.

Advertisement

“Dan semua AF yang saya sebut empat ini semuanya ada dalam Hot Seat,” katanya kepada Gempak.

Sharul berkata demikian ketika ditemui pada program Gempakkan Kampus bertempat di UniKL MICET, Alor Gajar, Melaka, baru-baru ini.

Tambah Sharul, cadangan tersebut juga dilihat lebih menarik kerana peminat berpeluang memberikan sokongan kepada alumni AF yang pernah menjadi sebahagian daripada zaman mereka membesar.

“Lagi best kalau kita macam ‘perang’ ikut batch. Sebab semua dah ada daripada AF1 membawa sampai ke AF2014 yang diwakili Firman.

“Tinggal lagi AF7, AF9, 15 dan 16 yang tak ada. Jadi, apa kata kalau kita isi kekosongan ikut ‘batch’ yang tak ada ini. Barulah kita macam fight ikut batch.

“Dia sebenarnya fun-fun saja, bukanlah nak fight-fight. Itu sajalah, rasa semua batch itu ada reunion. Kan best?,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sharul turut menyifatkan peluang untuk mengumpulkan kesemua alumni AF pada pentas akhir GV Fantasia sebagai satu perkara yang cukup menarik.

Dan sekiranya diberi peluang, pelantun lagu Manifestasi ini membayangkan suasana ‘reunion’ besar-besaran dengan kehadiran bekas peserta dan tenaga pengajar Akademi Fantasia sepanjang program GV Fantasia ini berlangsung.

“Dan mana tahu nanti kalau kalau dapat digabungkan semua mana yang ada masa lapang itu, mesti lagi seronok dan menarik.

“Mungkin waktu konsert akhir GV Fantasia nanti kita buat momen semua alumni hadir buat persembahan, mesti seronok nanti,” tambahnya.

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement