Skip to main content

Hiburan

Shawn Mendes Tertekan Sering Dituduh ‘Gay’ - “Saya Tidak Boleh Berkawan Dengan Lelaki Tanpa...”

fsgghd

Sekilas

  • Shawn Mendes meluahkan rasa tertekan apabila sering dituduh sebagai homoseksual sejak usia 15 tahun, yang memberi kesan besar kepada kehidupannya.
  • Dia menjelaskan bahawa seksualiti adalah sesuatu yang kompleks dan tidak boleh dikotakkan dengan mudah.
  • Shawn kini dikaitkan bercinta dengan pelakon Brazil, Bruna Marquezine, selepas beberapa foto mereka bersama tular di media sosial.

Penyanyi antarabangsa, Shawn Mendes meluahkan rasa geram dan tertekan apabila sering dituduh sebagai seorang homoseksual. 

Shawn atau nama penuhnya Shawn Peter Raul Mendes, 27, sebelum ini mengakui tuduhan tersebut memberi kesan besar terhadap kehidupan peribadinya sejak usia remaja.

Perkara itu didedahkan ketika dia berucap di atas pentas semasa konsert di Colorado, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

“Saya sudah dituduh perkara ini sejak umur 15 tahun. Ia sangat mengecewakan kerana saya tidak boleh berkawan dengan lelaki lain tanpa orang membuat andaian yang bukan-bukan,” katanya.

Tambah pelantun lagu Treat You Better itu, tuduhan berkenaan turut membuatkan dirinya sukar untuk meluahkan secara terbuka mengenai orientasi seksualnya.

“Bagi saya, seksualiti adalah sesuatu yang indah dan kompleks. Ia bukan sesuatu yang boleh dikotakkan dengan mudah,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas hampir dua tahun tidak dikaitkan dengan mana-mana wanita, Shawn kini didakwa sedang bercinta dengan pelakon terkenal Brazil, Bruna Marquezine.

Menerusi foto dan video yang tular di media sosial, Shawn dan Bruna dilihat membeli-belah bersama di sebuah pasar raya di Los Angeles sambil tersenyum dan berpelukan mesra.

Perkongsian tersebut  mencuri perhatian netizen yang rata-rata mengaitkan kemunculan Bruna sebagai jawapan terhadap spekulasi lama mengenai orientasi seksual penyanyi itu.

Untuk rekod, Shawn sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Camila Cabello sejak 2019 sebelum hubungan mereka berakhir pada 2023.

Sehingga kini, baik Shawn Mendes mahupun Bruna Marquezine masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan hubungan mereka.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement