Skip to main content

Berita Tempatan

Shiha Zikir Syukur Jadi Anak Malaysia, Kongsi Pengalaman Kurang Selesa di Luar Negara

Shiha_luarnegara

Penyanyi Shiha Zikir mengakui melalui banyak pengalaman yang membuatkan dirinya bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.

Kerap ke luar negara untuk urusan kerja dan bercuti, jelas Shiha, dia pernah mengalami situasi kurang selesa ketika berada di sebuah negara dan kejadian itu membuka mata tentang betapa istimewanya budaya sopan santun rakyat Malaysia.

Advertisement

“Kalau bercakap tentang makanan dan masyarakat di negara kita pun buat rasa saya cukup bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.

"Saya pernah berdepan pengalaman ketika berada di sebuah negara, waktu itu saya benar-benar rasa mahu pulang ke tanah air segera.

“Bukan kerana tempatnya tidak cantik atau tidak menarik, tetapi kerana layanan masyarakatnya yang membuatkan saya kurang selesa. Waktu itu saya sedar rakyat Malaysia sebenarnya hebat dari segi budi bahasa,” katanya kepada Gempak.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jagakan Dia ini menambah kepelbagaian kaum, budaya dan bahasa di Malaysia menjadikan negara ini unik, manakala suasana aman damai hingga hari ini wajar dihargai.

“Walaupun ada perkara negatif, itu lumrah manusia. Namun secara keseluruhan, rakyat kita masih mengekalkan nilai hormat menghormati dan budi bahasa. Saya harap Malaysia akan kekal aman dan harmoni selama-lamanya,” katanya yang baru dilantik sebagai duta pengilang produk penjagaan kulit dan kosmetik, SFJ Group Sdn Bhd, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shiha turut menyatakan rasa sedih melihat situasi rusuhan di Indonesia yang menimbulkan ketegangan dan menjadi perhatian di media sosial.

“Sebagai orang yang pernah bekerja dan membina nama di Indonesia, bila tengok situasi yang jadi sekarang, saya sedih. Saya tengok klip rusuhan di media sosial, sudah tentu saya terkejut sebab rakyat Indonesia sebenarnya sangat bersatu padu.

“Waktu saya pergi sana untuk urusan kerja sebelum ini pun, orang-orang di sana yang beri sokongan luar biasa terutama sesi ‘meet and greet’. Jadi saya harap yang terbaik untuk Indonesia dan diharapkan semua baik-baik sahaja secepatnya,” katanya.

Must-Watch Video