Skip to main content

Hiburan

Shiha Zikir Tegur ‘Intern’ Bermasalah, Suka Datang Lewat & Masuk Bilik CEO Tanpa Kebenaran - “Hari Ketiga Cakap Burn Out & Terus MIA“

ASTROGEMPAK Shiha Zikir

Sekilas

  • Shiha Zikir menegur sikap seorang pelatih industri di syarikatnya yang tidak profesional dan kurang disiplin kerja.
  • Pelatih tersebut sering lambat, masuk pejabat lewat, dan tidak membalas WhatsApp atau panggilan kerja.
  • Pelatih gagal memberikan laporan kerja, mengaku burn out pada hari ketiga, dan hilang tanpa khabar.

Penyanyi Shiha Zikir menegur sikap seorang pelatih industri (intern) di syarikatnya yang disifatkan tidak profesional serta mengambil mudah soal disiplin kerja.

 

Menurut Shiha, sepanjang menguruskan syarikat, inilah pengalaman pertamanya berdepan pelatih yang bermasalah dari segi komitmen dan etika.

 

“Sepanjang ada syarikat, ini pertama kali dapat intern yang selalu lambat, ambil kunci pejabat cakap nak datang pagi tapi masuk petang. 

 

“Masuk bilik CEO sesuka hati, staf lain kena menunggu dia, WhatsApp tak balas, call tak berjawab. Selalu tanya ‘dah boleh balik belum?’.” kongsinya. 

 

Tambahnya lagi, pelatih tersebut juga tidak memberikan sebarang laporan kerja dan gagal menunjukkan kesungguhan untuk belajar.

 

“Tak ada update, hari ketiga cakap burn out dan terus MIA (hilang). Minta ampun nak cakap yang sistur is TAK BEKENAN perangai macam ini,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement