Skip to main content

Selebriti

Shikin Maembong Kongsi Detik Berhijab - “Saya Solat, Zikir, Buat Amal Yang Lain Tapi Tetap Rasa Kurang…”

Shikin Maembong bertudung

Sekilas

  • Shikin Maembong jelaskan keputusan berhijab dibuat atas kesedaran sendiri dan bukan kerana desakan orang ramai.
  • Dia berkongsi rutin harian mengingatkan anaknya berdoa dan berzikir sebelum ke sekolah sebagai amalan keluarga.
  • Penampilan berhijab Shikin turut dikaitkan sebagai hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Cat Farish.
Advertisement

Pelakon, Shikin Maembong menjelaskan keputusan untuk tampil berhijab dibuat atas kesedaran sendiri dan bukannya kerana desakan orang ramai.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Shikin berkata keputusan itu dilakukan secara ikhlas selain memahami teguran yang diberikan netizen sebelum ini.

“Ada yang komen, ‘Jangan pakai tudung sebab manusia, pakailah kerana Allah’

Advertisement

“Betul, keputusan ini datang daripada hati saya sendiri. Saya solat, saya zikir, saya buat amal yang lain, tapi tetap rasa kurang,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, Shikin juga turut berkongsi rutin harian di mana dia sentiasa mengingatkan anaknya untuk berdoa dan berzikir sebelum ke sekolah.

“Setiap pagi saya ingatkan anak saya utk doa dan zikir sebelum ke sekolah, saya cakap ‘Allah suka kita minta-minta kat dia sebab Allah nak kita selalu ingat kat dia’.

“Jauh dalam hati saya ‘aku dah minta macam-macam kat Allah dan dimakbulkan, Allah cuma minta aku jaga aurat je pun aku tak buat’,” kongsinya.

Terdahulu, Shikin mendapat perhatian ramai apabila tampil berkongsi foto dirinya memakai tudung. 

Menerusi hantaran dalam Threads, Shikin memuat naik sekeping foto mengenakan tudung berwarna putih sambil memberi bayangan bahawa penampilan itu merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Cat Farish.

Untuk rekod, Shikin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer Cat Farish pada 20 Disember 2015.

Anda mungkin berminat dengan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement