Skip to main content

Hiburan

Shila Amzah Akui Satu Cabaran Menjadi Ibu Bapa Di Zaman Moden - “Kita Ada Tanggungjawab Untuk Buang Benda Yang…”

Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah berkongsi cabaran membesarkan anak dalam era kini yang penuh dengan isu kekeluargaan dan trauma generasi.
  • Shila dan suaminya, Ubai, fokus untuk membuang norma salah dalam keluarga agar anak-anak tidak terkesan dengan masalah sosial.
  • Shila kini mempunyai dua anak, Rhea Akira berusia 2 tahun dan Seth Uwais berusia 7 tahun dari perkahwinan terdahulu.

Penyanyi, Shila Amzah mengakui bahawa tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak dalam era dunia masa kini adalah bukan satu perkara yang mudah.

Menerusi ciapan di Threads, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan bahawa kegusaran itu bertambah apabila membaca segala isu semasa berkaitan dengan isu kekelurgaan.

"Menjadi ibu bapa zaman sekarang ini bukan perkara mudah. Dengan nak ‘break the generational trauma’, dengan ‘Asian parenting’. Dengan ada anak istimewa lagi.

"Membaca semua berita buat kita rasa takut. Lebih-lebih lagi apabila apa yang dibaca itu ada sahaja berlaku dalam keluarga terdekat.

"Kita ada tanggungjawab untuk buang benda-benda salah yang sudah lama dinormalisasikan dalam kalangan keluarga supaya anak-anak tidak terkesan dengan perkara begini," ciapnya.

Pelantun lagu Patah Seribu itu turut meluahkan kerisauannya terhadap isu semasa dan cara untuk menangani setiap masalah yang berlaku.

"Saya dan Ubai sangat terkesan dengan perkara ini sebab sudah tahu kesannya. Lagi pula ada masalah sosial lain yang kami sedia maklum.

"Yang dah dewasa memang kami tak mampu nak ubah, jadi kami cuma boleh fokus pada anak-anak," kongsinya.

Sekadar info, Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bersama iaitu Rhea Akira, 2 tahun.

Untuk rekod, Shila juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Seth Uwais, 7, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement