Skip to main content

Selebriti

Shila Amzah Hargai Stylist & MUA, Setiap Penampilan Perlu Proses Perbincangan - “Saya Bukan Mudah Untuk Digayakan Sebab…”

Shila Amzah Hargai Stylist & MUA, Setiap Penampilan Perlu Proses Perbincangan - “Saya Bukan Mudah Untuk Digayakan Sebab…”

Sekilas

  • Shila Amzah berkongsi bahawa mendapatkan penampilan yang sesuai dengan bentuk tubuhnya bukan mudah dan memerlukan kerjasama rapat dengan penata gaya dan pereka fesyen.
  • Dia lebih selesa terlibat secara langsung dalam menentukan konsep penampilannya supaya sentiasa rasa selesa dan yakin dengan gaya yang digayakan.
  • Shila turut menghargai sokongan daripada barisan stylist, pereka fesyen, dan jurusolek yang membantu menggayakan setiap fasa perubahan dirinya dengan penuh kerjasama.
Advertisement

Penyanyi, Shila Amzah mengakui tidak mudah untuk mendapatkan penampilan bersesuaian dengan dirinya terutama apabila melibatkan perubahan bentuk tubuh.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Shila menjelaskan setiap gaya yang ditampilkan bukan sekadar bergantung kepada pilihan penata busana atau pereka fesyen, sebaliknya turut melibatkan pandangan serta persetujuannya sendiri.

Advertisement

Kata Shila, dia juga lebih selesa untuk terlibat secara langsung dalam menentukan konsep penampilannya supaya setiap gaya yang digayakan kekal membuatkan dirinya berasa selesa dan yakin.

“Sha tahu saya bukan seseorang yang mudah untuk digayakan kerana saya selalu suka melihat gaya pada orang yang kurus, tetapi apabila digayakan pada tubuh saya ketika itu, memang mencabar.

“But I am blessed that my stylist memang selalunya sangat menghormati apa yang Sha suka dan tak suka.

Advertisement

“For make up pula Sha memang obses dengan make up!  My MUA semua memang akan menerima reference dari Sha together dengan my stylist.

“Sebab kitorang tak ada creative director so things like this memang sha suka hands on untuk fikir kan apa yang Sha suka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shila juga turut menitipkan penghargaan buat barisan penata gaya, designer dan juga jurusolek yang terus menyokongnya sepanjang melalui pelbagai fasa perubahan dirinya.

“Saya ingin memberikan sedikit penghargaan buat para stylist, pereka fesyen dan jurusolek yang telah menggayakan saya sepanjang melalui setiap fasa perubahan bentuk tubuh dan kehidupan.

“Setiap penampilan mempunyai proses di sebaliknya. Semuanya dibincangkan, dihasilkan dan dipersetujui bersama saya serta pasukan.

“Daripada potongan pakaian sehinggalah kepada perincian terkecil, semuanya sentiasa menjadi hasil kerjasama bagi memastikan saya berasa selesa, yakin dan masih menjadi diri sendiri.

“Terima kasih kerana menerima setiap versi diri saya dan menyampaikan kisah saya menerusi setiap penampilan,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement