Skip to main content

Selebriti

Shila Amzah Kenang Momen 27 Tahun Lalu Bersama Tun Hasmah - “Masih Ingat Betapa Lembut & Baiknya Hati…”

Shila Amzah Kenang Momen 27 Tahun Lalu Bersama Tun Hasmah - “Masih Ingat Betapa Lembut & Baiknya Hati…”

Sekilas

  • Shila Amzah berkongsi rasa sebak dan mengenang kebaikan hati Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang pernah bertemu dengannya semasa pelancaran album pertama pada 1999.
  • Shila mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
  • Tun Dr Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di IJN, Kuala Lumpur, dan dikenang sebagai tokoh wanita yang banyak menyumbang dalam bidang perubatan dan khidmat masyarakat.
Advertisement

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa sebak atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang disifatkannya sebagai seorang insan yang lembut dan baik hati.

Menerusi perkongsian di platfom Threads, Shila terkenang kembali momen bersama Tun Hasmah pelancaran album pertamanya pada tahun 1999.

Advertisement

Menurut Shila, dirinya berasa amat bertuah kerana berpeluang bertemu dengan Tun Hasmah di awal perjalanan karier seni yang merupakan antara detik penting dalam hidupnya.

“Innalillahiwainnailayhirojiuun… Atas pemergian Almarhumah Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

“Saya masih mengingati betapa lembut dan baiknya hati Allahyarhamah.

Advertisement

“Saya sangat bertuah kerana berpeluang bersama beliau ketika pelancaran album pertama saya pada tahun 1999. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Shila juga menitipkan doa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Berita duka itu disahkan sendiri anak kepada Allahyarhamah iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Tun Dr Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain.

Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Must Watch Video

Advertisement