Skip to main content

Hiburan

Shila Amzah Luah Rasa Syukur, Anggap Setiap Kejayaan Sangat Bermakna Buat Dirinya - “Kerja Keras Saya Mungkin Kelihatan…”

Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah bersyukur dengan perjalanan karier seninya walaupun tidak mengadakan konsert stadium di Malaysia.
  • Dia menghargai setiap pencapaian yang dimiliki dan mengakui setiap kejayaan walaupun kecil sangat bermakna baginya.
  • Shila akan mengadakan konsert 'Shila Amzah: KITA 25 Tahun Bersama' di Genting Highlands pada 15 Ogos depan.
Advertisement

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur terhadap perjalanan karier seninya meskipun mengakui dirinya bukanlah seorang penyanyi yang mengadakan konsert berskala stadium di Malaysia.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Shila berkata setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan rezeki yang berbeza, justeru dia memilih untuk menghargai setiap pencapaian yang dimiliki hari ini.

 

“Fancam look founder ✨Setlist kali ini founder (saya) menyanyi half set lagu sendiri, half cover from ‘I am a singer’ dan ada tribute juga.

 

“Kerja keras Sha mungkin kelihatan kecil di mata sesetengah orang. Saya mungkin bukan penyanyi stadium kat Malaysia dan tak apa. 

 

“Setiap org ada Jalan cerita nya yang tersendiri. Setelah apa yang Sha dah lalui di setiap persimpangan hidup Sha, saya rasa, saya layak semua yang saya ada sekarang,” kongsinya. 

 

Menurut Shila lagi, setiap kejayaan yang diraih mempunyai nilai yang besar buat dirinya, walaupun mungkin dipandang kecil oleh orang lain.

 

“Walaupun kelihatan kecil untuk awak tapi ia sangat bermakna untuk saya,” ujarnya. 

 

Untuk rekod, Shila bakal mengadakan konsert Shila Amzah: KITA 25 Tahun Bersama yang akan diadakan di Genting Highlands pada 15 Ogos depan. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement