Skip to main content

Hiburan

Shila Amzah Sebak Baca Kisah Suami Kerja Keras Demi Keluarga - “Allah Akan Uji Kita Pelbagai Sudut, Nama Pun Kehidupan”

Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah berkongsi rasa sebak selepas membaca kisah seorang wanita tentang pengorbanan suaminya dalam menyara keluarga di Threads.
  • Shila menekankan pentingnya suami isteri saling menyokong dan memikul tanggungjawab bersama dalam perkahwinan, sama ada dalam susah atau senang.
  • Beliau berharap semua pasangan sentiasa diberkati dengan sakinah, mawaddah, dan warahmah dalam menghadapi ujian kehidupan.
Advertisement

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa sebak selepas membaca perkongsian seorang wanita di Threads mengenai pengorbanan suaminya yang bekerja keras demi menyara keluarga.

 

Advertisement

Menurut Shila, kisah tersebut benar-benar menyentuh hatinya sehingga membuatkan dia menitiskan air mata walaupun baru separuh hari memulakan rutin harian.

 

“Aduh baru separuh hari dah menangis. Suami isteri ni effort memang kena harus bersama, sama-sama susah, sama-sama senang, sama-sama sedih, sama-sama happy,” kongsinya. 

 

Tambah penyanyi lagu Patah Seribu itu lagi, dalam sesebuah perkahwinan, pasangan perlu saling menyokong dan memikul tanggungjawab bersama, tidak kira ketika diuji atau saat bahagia.

 

Katanya, setiap ujian yang diberikan adalah lumrah kehidupan dan perlu dihadapi dengan keikhlasan serta kebersamaan.

 

“Allah akan uji kita pelbagai sudut, nama pun kehidupan. Asalkan kita selalu bersama, bertanggungjawab sama-sama, ikhlas bersama-sama, insya-Allah akan mempermudahkan jalan.

 

“Semoga kita semua akan sentiasa sakinah, mawaddah, warahmah bersama pasangan kita,” kongsinya lagi.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement