Skip to main content

Selebriti

Shuib Akhirnya Bersuara Isu Dengan Jep, Mohon Maaf Berulang Kali – “Aku Minta Maaf, Aku Minta Maaf, Minta Maaf Atas Kekhilafan & Keegoaan…”

Shuib Akhirnya Bersuara Isu Dengan Jep, Mohon Maaf Berulang Kali – “Aku Minta Maaf, Aku Minta Maaf, Minta Maaf Atas Kekhilafan & Keegoaan…”

Sekilas

  • Shuib Sepahtu tampil beri penjelasan dan mohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu selepas hampir seminggu berdiam diri berhubung kemelut antara mereka.
  • Shuib akui tempias isu itu bukan sahaja menjejaskan dirinya, malah turut melibatkan keluarga dan perniagaannya, serta telah menghubungi Jep untuk memohon maaf atas kekhilafan dalam podcast sebelum ini.
  • Jep pula menyuarakan rasa kurang senang isu persahabatan mereka terus diperkatakan dan menegaskan pembayaran kumpulan perlu dijelaskan secara terus tanpa berkias.
Advertisement

Pelawak, Shuib Sepahtu akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung kemelut yang berlaku antara dirinya dan rakan seperjuangan, Jep Sepahtu, selepas hampir seminggu memilih untuk berdiam diri.

Menerusi satu video pendek yang dikeluarkan di media sosial, Shuib mengakui sejak kenyataan Jep pada 8 Oktober lalu merupakan antara fasa paling sukar buat dirinya apabila berdepan pelbagai kecaman, hinaan dan kritikan daripada orang ramai.

Advertisement

Menurut Shuib, tempias isu berkenaan bukan sahaja terkena kepada dirinya, malah turut melibatkan isteri, anak-anak, keluarga serta perniagaan yang diusahakannya.

“Sebelum saya mula, saya nak minta maaf sebab hari ini saya kena membaca sebab saya takut kalau ada kata-kata saya yang disalah tafsirkan ataupun saya tersalah cakap.

“Hampir seminggu saya mendiamkan diri tanpa memberikan apa-apa kenyataan tentang apa yang berlaku antara saya dan juga Jep.

Advertisement

“Dari hari pertama kenyaaan Jep dikeluarkan iaitu pada 8 Oktober sampailah ke hari ini, saya kira saya lalui satu tempoh yang sangat sukar.

“Saya diperli, saya dimaki, saya dihina, dikecam dan ianya bukan sahaja berlaku kepada saya tetapi melibatkan juga isteri dan anak-anak, keluarga dan juga perniagaan saya,” ujarnya.


 

Shuib juga menjelaskan bahawa dia sudah menghubungi Jep menerusi WhatsApp pada pukul 1.51 pagi, Jumaat, iaitu kurang daripada 24 jam selepas kenyataan rakannya itu dikeluarkan.

Shuib berkata mesej berkenaan dihantar bagi memohon maaf atas kekhilafannya bersama Mamat ketika menyindir Jep dalam sebuah episod Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.

“Jadi hari ini ada beberapa kenyataan yang saya akan jelaskan. Yang pertama posting Jep dibuat pada 8 Oktober, Khamis tengah hari.

“Saya nak maklumkan, tak sampai 24 jam iaitu pada 1:51 minit pagi Jumaat, saya telah pun WhatsApp Jep dengan penuh rendah diri memohon maaf di atas kekhilafan saya dan Mamat menyindir dia di Dols Podcast episod bersama dengan Azlee senario.

“Saya kira dia telah pun menerima Whatsapp tersebut dan mungkin telah membacanya. Wallahualam.

“Saya penuh kesal dan memohon maaf kepada dia berulang kali. Saya anggap ini ujian untuk saya dan balasan di atas kekhilafan saya dalam berkata-kata,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shuib juga turut mengambil kesempatan menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada Jep, selain mengenang kembali persahabatan yang telah terjalin hampir dua dekad.

Menurutnya, segala kenangan, pengalaman susah dan senang serta kejayaan yang pernah dikecapi bersama Jep akan terus disimpan sebagai antara kenangan terindah dalam hidupnya.

“Video ini khas untuk Jep, Jep... Kalau kau tengok video ni, Dok... Aku mohon maaf. Aku mohon maaf, Dok. Aku mohon maaf.

“Kita kenal dekat 20 tahun, hampir separuh daripada hidup aku. Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang telah pun kita bina selama ni, Dok.

“Selama kita bekerjasama, susah senangnya kita pernah lalu, kejayaan yang pernah kita capai dan ianya akan aku simpan sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku.

“Aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf di atas kekhilafan aku dan juga keegoan aku. Aku halalkan segala-galanya. Aku doakan kau, Dok.

“Aku doakan kau, Allah mudahkan segala urusan aku, doakan kau dan juga keluarga kau, isteri kau Sari Yanti, aku doakan anak-anak kau, aku doakan keluarga kau, Allah memudahkan, Allah rahmat di dunia dan akhirat.

“Sekali lagi doa aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf. Semoga Allah akan uruskan segala permasalahan kita dengan baik. Aku minta maaf, Muhammad Nazri bin Zainal Abidin, Assalamualaikum,” ujarnya.

 

 Terdahulu, Jep tampil menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib yang didakwa masih membangkitkan isu persahabatan mereka menerusi podcast.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mengakui sudah memohon maaf atas perkara yang berlaku sebelum ini, namun meluahkan rasa muak apabila isu berkenaan terus diperkatakan secara terbuka.

Dalam kenyataan sama, Jep turut menyentuh sebuah podcast yang didakwa membincangkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka.

Menurut Jep, berdasarkan pemahamannya, tiada perjanjian pembayaran dibuat untuk kumpulan kerana urusan terdahulu dilakukan secara individu.

Dia turut meminta sebarang isu berkaitan pembayaran dijelaskan secara terus tanpa berkias.
 

Anda mungkin berminat dengan

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Must Watch Video

Advertisement