Skip to main content

Hiburan

Shweta Sekhon Tegur Produksi Tawar 'Job' Berlakon Secara Percuma – “Kalau Nak Hasil Berkualiti, Bayarlah Sewajarnya…”

Shweta Sekhon Tegur Produksi Tawar 'Job' Berlakon Secara Percuma – “Kalau Nak Hasil Berkualiti, Bayarlah Sewajarnya…”

Sekilas

  • Shweta Sekhon menegur produksi yang menawarkan peluang berlakon tanpa bayaran dengan alasan kolaborasi, kerana ia mengeksploitasi bakat baru dalam industri.
  • Shweta menegaskan bakat harus dihargai dan dibayar sewajarnya untuk menghasilkan karya berkualiti.
  • Pengarah projek filem pendek yang mencari bakat baru bersetuju dengan pandangan Shweta dan mengajak beliau mempertimbangkan untuk menaja projek tersebut.
Advertisement

Pelakon dan peragawati, Shweta Sekhon menegur tindakan segelintir produksi yang menawarkan peluang berlakon tanpa bayaran atas alasan kolaborasi.

Menerusi ruangan komen di Threads, Shweta berkata, bakat seseorang tidak seharusnya dipandang ringan sehingga sanggup dieksploitasi demi mendapatkan peluang dalam industri.

Advertisement

“Berhenti meremehkan bakat dengan melabelkannya sebagai kolaborasi tanpa bayaran.

“Kebanyakan mereka sanggup dieksploitasi demi mendapatkan peluang untuk menceburi bidang ini,” tulisnya.

Shweta meluahkan pendapat tersebut pada satu hantaran yang dimuat naik seorang pengarah yang sedang mencari bakat baharu untuk terlibat dalam sebuah filem pendek.

Advertisement

Menurutnya, individu yang baru mahu membina nama dalam industri mungkin tidak menyedari bahawa mereka sedang dipergunakan apabila menerima tawaran tanpa bayaran.

“Mereka tidak sedar bahawa diri mereka sedang dipergunakan.

“Kalau mahukan hasil yang berkualiti, bayarlah sewajarnya,” tegasnya.

dsfg

Komen tersebut turut mendapat respons daripada pengarah berkenaan yang bersetuju bahawa artis dan bakat mereka wajar dihargai.

“Saya bersetuju bahawa artis serta bakat yang mereka miliki wajar sentiasa dihargai.

“Projek ini adalah sesuatu yang saya usahakan semata-mata kerana minat dan kecintaan terhadap seni,” balasnya.

Bagaimanapun, pengarah tersebut kemudian bertanya sama ada Shweta sudi mempertimbangkan untuk menaja projek berkenaan.

“Memandangkan saya tahu anda juga mempunyai penghargaan yang sama terhadap perkara ini, adakah anda sudi mempertimbangkan untuk menaja projek ini?” katanya.

Sumber: Threads 

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Must Watch Video

Advertisement