Skip to main content

Hiburan

Siap Ada Format 4DX, Treler Filem 'TERBANG' Buat Ramai Teruja - “Kumpul Duit Let’s Go!”

Siap Ada Format 4DX, Treler Filem 'TERBANG' Buat Ramai Teruja - “Kumpul Duit Let’s Go!”

Sekilas

  • Treler dan poster rasmi filem aksi rali tempatan TERBANG yang dilancarkan mencuri perhatian peminat filem dengan visual sinematik dan babak perlumbaan mendebarkan.
  • Filem arahan Chiu Keng Guan ini diinspirasikan daripada legenda rali Malaysia, Karamjit Singh, dan menampilkan pelakon popular seperti Zizan Razak dan Diana Danielle.
  • TERBANG akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 17 September ini, termasuk dalam format 4DX untuk pengalaman lebih imersif.
Advertisement

Treler dan poster rasmi filem aksi rali tempatan, TERBANG yang dilancarkan semalam berjaya mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat filem tempatan menjelang tayangannya di pawagam pada September depan.

 

Advertisement

 Menerusi treler berdurasi hampir dua minit itu, penonton disajikan dengan babak perlumbaan rali penuh mendebarkan, visual sinematik serta emosi watak utama yang bergelut bangkit daripada trauma demi mengharumkan nama negara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kualiti visual filem arahan Chiu Keng Guan itu yang disifatkan setanding produksi antarabangsa.

“Dia punya trailer tu fuhhh. Bikin meremang! Bangga la filem ni tunjukkan siapa kita, identiti kita satu Malaysia,” komen seorang pengguna.

“This is the quality movie yang kita nak! Cinematic quality pun memang lawa, those shots, those color memang cun!” tulis seorang lagi.

“Superb, finally something new in Malaysian cinema!” tulis beberapa netizen.

dfb

Dalam masa sama, ramai turut meluahkan keterujaan apabila TERBANG bakal ditayangkan dalam format 4DX yang menawarkan pengalaman sinematik lebih imersif.

“BAEKK DOO ada dalam 4DX, kumpul duit lets gooo,” kata seorang pengguna.

“Wow lain macam movie Malaysia sekarang siap masuk 4DX. Terbaiklah trailer ni,” ujar seorang lagi.

Untuk rekod, TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda rali negara, Karamjit Singh yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Filem tersebut diarahkan Chiu Keng Guan yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi karya pecah panggung The Journey dan OlaBola.

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut ialah Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

 

Diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan Aventure Space, TERBANG mengisahkan seorang pelumba rali yang berdepan trauma akibat kemalangan sebelum kembali bangkit mengejar impiannya.

Filem itu dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September ini termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement