Skip to main content

Hiburan

Siap Ada Yang Ucap Tahniah, Aina Abdul Kongsi Momen Lucu Shoot MV Berjauhan Di Jepun - “Tuhan Je Tahu Perasaan Waktu…”

Astrogempak AINA (1)

Sekilas

  • Aina Abdul berkongsi pengalaman lucu ketika penggambaran muzik video lagu terbaharunya, Berjauhan, di Osaka, Jepun apabila orang ramai menyangka dia benar-benar berkahwin kerana memakai busana pengantin.
  • Ramai orang Jepun mengucapkan tahniah kepada Aina dan model lelaki yang berlakon bersama, walaupun ia hanya penggambaran muzik video.
  • Berjauhan adalah single terbaru Aina untuk tahun 2026, yang juga ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer itu sendiri.

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen lucu di sebalik tabir penggambaran muzik video terbaharunya bagi lagu Berjauhan.

Menurut Aina, ketika menjalani penggambaran di Osaka, Jepun, dia berdepan situasi tidak dijangka apabila orang ramai menyangka dia benar-benar berkahwin hanya kerana tampil berbusana pengantin bersama dengan seorang model lelaki.

“Ya Allah tuhan je tau perasaan waktu shoot tu ya. Ada siap cakap ‘Congrats’ dekat Aina dan male actor tu, adoiiiii. 

“Noooooo. Shoot MV lagu jeeeeeeeee,” kata Aina. 

Aina berkata demikian sebagai membalas komen netizen yang bertanyakan reaksi orang di Jepun melihat pelantun lagu Penat Jiwa itu memakai busana pengantin pada malam hari. 

“Kalau orang Paris pelik tengok Aina Abdul pakai Puffer Jacket waktu tengah musim panas.

“Orang Jepun mesti pelik apahal perempuan ni pakai wedding dress malam buta tengah tengah bandar pulak tu,” komen netizen.

Sekadar info, Aina baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Berjauhan. 

Single ini menjadi buah tangan terbaharu Aina bagi tahun 2026 selepas melancarkan dua buah lagu iaitu Sesaat dan Ayuh Pulang, sebuah lagu duet bersama Amir Jahari pada tahun 2025.

Berjauhan juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri.
 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement