Skip to main content

Berita Tempatan

Siapa Kata Konten Agama Tak Dapat Sambutan? ‘Usrah Non Stop’ ZAYAN Raih 2.6 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

Siapa Kata Konten Agama Tak Dapat Sambutan? ‘Usrah Non Stop’ ZAYAN Raih 2.6 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

Sekilas

  • Program khas ‘Usrah Non Stop’ anjuran ZAYAN raih lebih 2.6 juta tontonan dalam 24 jam sempena ulang tahun ke-9 stesen radio itu.
  • Seramai 23 asatizah dan tokoh agama berkongsi ilmu tentang topik kehidupan harian dari perspektif Islam sepanjang program berlangsung.
  • Sambutan hangat di media sosial seperti TikTok dan Instagram tunjukkan minat tinggi masyarakat terhadap kandungan berunsur keagamaan yang dekat dengan gaya hidup moden.
Advertisement

Siapa kata kandungan berunsurkan keagamaan kurang mendapat perhatian dalam kalangan pengguna media sosial?

Program khas ‘Usrah Non Stop’ anjuran ZAYAN sempena ulang tahun kesembilan stesen radio berkenaan membuktikan sebaliknya apabila berjaya meraih lebih 2.6 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Advertisement

Program yang berlangsung tanpa henti bermula 5 hingga 6 Oktober lalu itu menghimpunkan seramai 23 asatizah dan tokoh agama tanah air bagi berkongsi ilmu serta panduan kehidupan bersama pendengar dan penonton.

Menariknya, pelbagai topik yang dekat dengan kehidupan seharian diketengahkan termasuk kekeluargaan, pembangunan diri, kesihatan mental, ibadah, hubungan sesama insan serta cabaran kehidupan moden daripada perspektif Islam.

Sambutan terhadap program berkenaan turut diterjemahkan menerusi platform media sosial apabila TikTok sahaja mencatatkan 1.5 juta tontonan, manakala Instagram merekodkan 72,000 tontonan.

Advertisement

Selain itu, siaran langsung dan klip video yang dikongsikan sepanjang program berlangsung turut menerima ribuan interaksi, perkongsian serta komen positif daripada pengguna media sosial.

Menurut Pengurus Jenama ZAYAN, Zureen Affendi, sambutan yang diterima membuktikan kandungan yang memberi manfaat dan inspirasi masih mempunyai tempat dalam kalangan masyarakat.

“Kami amat bersyukur kerana Usrah Non Stop sempena ulang tahun ke-9 ZAYAN menerima sambutan yang begitu luar biasa daripada masyarakat.

“Pencapaian lebih 2.6 juta tontonan dalam tempoh 24 jam menunjukkan bahawa kandungan yang memberi manfaat, mendidik dan menginspirasikan masih mendapat tempat yang istimewa dalam hati rakyat Malaysia.

“Lebih membanggakan apabila kami berjaya menghimpunkan seramai 23 asatizah untuk berkongsi ilmu dan pandangan sepanjang program berlangsung.

“Setiap pengisian yang dibawakan bukan sahaja memberi inspirasi, malah berjaya membentuk ruang perkongsian ilmu yang positif dan bermakna kepada audiens di seluruh negara,” katanya.

Tambah Zureen, sokongan tersebut turut menjadi dorongan buat pihaknya untuk terus menghasilkan kandungan yang dekat dengan keperluan dan kehidupan masyarakat.

“Sokongan yang diterima ini menjadi pemangkin kepada kami untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti yang relevan dengan keperluan masyarakat, di samping memperkukuhkan lagi peranan ZAYAN sebagai platform gaya hidup Muslim yang memberikan impak positif kepada komuniti,” ujarnya.

Pencapaian tersebut sekali gus memperlihatkan bagaimana perkongsian ilmu agama boleh mendapat perhatian meluas apabila disampaikan menerusi pendekatan yang dekat dengan gaya hidup dan penggunaan platform digital masa kini.

Untuk rekod, ZAYAN merupakan salah satu daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio yang memfokuskan kepada muzik nasyid, lagu ketuhanan serta kandungan berteraskan gaya hidup Muslim.

Sumber: Kenyataan media ZAYAN

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement