Skip to main content

Hiburan

Siapa Kawal Segitiga Kuasa? Perkongsian Wan Daud Cetus Tanda Tanya

Wan Daud

Sekilas

  • Wan Daud memperkenalkan konsep "Segitiga Kuasa" yang mengaitkan tiga watak utama ASCU iaitu Budak Kudrat sebagai Pemerintah, Polis Khas sebagai Penguatkuasa, dan Keluang Man sebagai Rakyat.
  • Beliau mempersoalkan sama ada struktur kuasa ini adalah satu sistem tersembunyi yang mengawal negara melalui elemen elit, penguatkuasa undang-undang, dan rakyat yang memperjuangkan keadilan.
  • Wan Daud juga mengaitkan kehilangan mayat datuknya dengan kemungkinan rahsia besar serta menggunakan metafora "Tangan Ghaib" untuk menggambarkan kuasa tersembunyi yang mengawal sistem secara senyap.

Individu yang dikenali sebagai Wan Daud mencetuskan persoalan besar apabila dia mengaitkan beberapa watak penting Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU)  dalam  naratifnya dengan satu konsep yang dinamakan sebagai “Segitiga Kuasa”.

Menurut Wan Daud menerusi video episod ke-2 , sejak satu kejadian berlaku, fikirannya tidak henti memikirkan tentang struktur kuasa yang terdiri daripada tiga elemen utama: Pemerintah, Penguat Kuasa dan Rakyat — tiga tiang yang menjadi asas sesebuah negara.

Wan Daud menghuraikan pemerhatiannya terhadap tiga watak utama:

Pemerintah – Budak Kudrat

Diletakkan di bucu kiri segitiga, Budak Kudrat dikaitkan dengan golongan elit. Wan Daud menyebut latar belakang pendidikan elit yang diumpamakan seperti sekolah berprestij yang sering melahirkan pemimpin negara.

Persoalannya, adakah kedudukan itu kebetulan atau sudah tersusun sejak awal?
 

Penguatkuasa – Polis Khas (Supercop)

Di bucu kanan pula ialah seorang polis khas yang digambarkan sebagai figura berkuasa dan berpengaruh dalam membanteras jenayah besar.

Kewujudannya melambangkan kuasa pelaksanaan undang-undang yang menjadi tulang belakang sistem keselamatan. 
 

Rakyat – Keluang Man

Di bahagian bawah segitiga ialah Keluang Man, simbol kepada rakyat yang memperjuangkan keadilan. 

Namun, latar belakangnya yang pernah dikaitkan sebagai bekas pesakit mental menimbulkan tanda tanya. Adakah ini naratif untuk melemahkan kredibiliti?

Wan Daud mempersoalkan sama ada tiga figura ini sebenarnya membentuk satu struktur kuasa tersembunyi.

Dia mengaitkan kehilangan mayat arwah datuknya, Wan Daim, sebagai kemungkinan petunjuk bahawa ada rahsia besar yang cuba disembunyikan.

Dalam pada itu, Wad Daud turut berkongsi mengenai “Tangan Ghaib” yang digunakan sebagai metafora kepada kuasa tersembunyi yang mungkin mengawal sistem, sama ada melalui manipulasi, perancangan jangka panjang atau percaturan politik dalam diam.

Dia membayangkan kemungkinan bahawa kejadian demi kejadian yang berlaku sebenarnya telah dirancang sedikit demi sedikit.

Anda mungkin berminat dengan

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Must-Watch Video

Advertisement