Skip to main content

Hiburan

“Siapa Tak Suka, Saya Minta Maaf, Kami Akan Improve” – Maryam Durian Kimchi Ulas Reaksi Negatif Lagu Raya Kumpulan Gimbap

Astro Gempak 268

Sekilas

  • Maryam Durian Kimchi bersama kumpulan Gimbap hasilkan lagu raya sebagai OST untuk filem raya yang mereka bintangi.
  • Mereka sendiri menghasilkan lagu dan video muzik dengan penuh usaha, walaupun menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
  • Suami Maryam, Ryzal Ibrahim, menjelaskan penerimaan lagu raya moden berbeza dengan lagu raya lama yang juga pernah menerima kecaman pada awalnya.

Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi berkongsi mengenai lagu raya yang dihasilkannya bersama ahli kumpulan Gimbap iaitu Zulin Aziz dan Nasz Sally.

Menurut Maryam, lagu tersebut sebenarnya dihasilkan sebagai lagu runut bunyi (OST) untuk sebuah filem raya yang dibintangi mereka.

“Gimbap ni dah habis syuting cerita. Cerita Raya. Movie Raya.

“So, alang-alang kalau kita ada lagu Raya, masukkan OST. Lagi bagus lah tu alang-alang kan? So, Zulin bagi idea, Zulin composer, lirik semua dia buat. Lepas tu, kita sama-sama nyanyi.

“Sampai ke music video, kita buat sendiri, semua sendiri. So, itulah kita memang put our effort. Harap ramai-ramai sukalah.

“Kita sendiri bila buat lagu ni sangat happy,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai penerimaan orang ramai termasuk kecaman terhadap lagu raya tersebut, Maryam berkata setiap individu mempunyai cita rasa muzik yang berbeza.

“Kita ni memang rajin put effort. Citarasa lagu individual kan? Semua taste lain-lain.

“Siapa yang suka, saya terima kasih banyak-banyaklah. Dan siapa yang tak suka, minta maaf dan kita lagi akan practice and then nanti akan improve,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Ryzal Ibrahim turut berkongsi pandangan mengenai penerimaan lagu raya moden yang menurutnya tidak boleh dibandingkan sepenuhnya dengan lagu raya lama.

“Saya tengok lagu Raya modern dengan lagu Raya zaman dulu, kita tak boleh nak samakan zaman dulu.

“Kalau kita bandingkan zaman dulu punya lagu Raya, penerimaan zaman dulu pun tak banyak. Contohnya, saya bagi contoh, zaman dulu, lagu-lagu Raya daripada penyanyi-penyanyi yang sekarang kita dengar, saya tak nak sebut nama dan siapa, pun dapat kecaman.

“Susah nak terima, tak kena orang nak dengar lagu Saloma, lagu Pramlee tapi bila lama-lama kelamaan, orang makin terima.

“Jadi, zaman sekarang pun sama. Penerimaan tu mungkin dia orang dah biasa dengan lagu evergreen. So, mereka nak macam tu,” katanya.

Sebelum ini, Ryzal berkongsi satu klip video lagu raya yang didendangkan oleh kumpulan Gimbap di laman sosial Threads.

Menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement