Skip to main content

Hiburan

Sibuk Bantu Persiapan Kenduri, Bella Astillah Raih Pujian - “Walaupun Dah Jadi Isteri YB, Tetaplah Ringan Tulang…”

Sibuk Bantu Persiapan Kenduri, Bella Astillah Raih Pujian - “Walaupun Dah Jadi Isteri YB, Tetaplah Ringan Tulang…”

Sekilas

  • Bella Astillah dilihat membantu mengangkat barang persiapan majlis resepsi bersama suaminya, Syed Saddiq, di Muar, Johor.
  • Aksinya yang ringan tulang mendapat pujian ramai kerana tetap membantu walaupun sudah bergelar isteri Ahli Parlimen.
  • Pasangan BASS merancang dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di Muar dan Kota Kinabalu pada akhir Oktober ini.
Advertisement

Sikap ringan tulang penyanyi dan pelakon Bella Astillah membantu mengangkat barang dipercayai bagi persiapan majlis resepsinya bersama suami, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar, Johor raih pujian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Bella dilihat mengangkat serta memasukkan beberapa pek beras ke dalam beg.

Aksinya melakukan kerja tersebut mencuri perhatian pengguna media sosial yang memuji kesungguhannya membantu persiapan meskipun dirinya pengantin.

Menjengah ruangan komen, ada pengguna berpandangan status baharu sebagai isteri Ahli Parlimen Muar tidak mengubah sikap Bella yang ringan tulang.

“Rajin pengantin kita terutamanya Bella ini. Kerja-kerja macam ini memang makanan dia.

“Bella walaupun dah jadi isteri Yang Berhormat, dia tetaplah Bella Astillah yang sentiasa ringan tulang.

“Tak kisah status dia artis atau isteri Yang Berhormat, sama-sama turun bantu mana yang perlu tanpa diminta,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan yang dikenali sebagai BASS itu merancang mengadakan majlis resepsi berkonsepkan Kenduri Rakyat di Muar pada 25 Oktober, diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Bella dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pasangan itu sebelum ini turut diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 18 Oktober.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must Watch Video

Advertisement