Skip to main content

Indonesia

Sifatkan Berita Pembedahan Plastik Gagal Satu Fitnah, Rossa Bakal Saman Pengguna Media Sosial

Astro Gempak rossa (1)

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Rossa, bakal saman puluhan akaun media sosial yang didakwa menyebar fitnah dan manipulasi video serta gambar terhadapnya.
  • Fitnah utama termasuk dakwaan operasi plastik gagal yang sebenarnya hanyalah hasil solekan oleh juru solek Rossa.
  • Rossa memberi tempoh 24 jam kepada pemilik akaun untuk hapus konten dan buat permohonan maaf terbuka sebelum tindakan mahkamah diambil.
Advertisement

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa bakal mengambil langkah serius termasuk mengeluarkan saman kepada puluhan akaun pengguna media sosial yang disifatkan melakukan konten fitnah terhadapnya.

Tindakan tegas tersebut diambil menerusi pengurusan penyanyi lagu Tegar itu selepas mendapati banyak fitnah dibuat ke atas Rossa termasuk memanipulasi video dan gambar dengan menggunakan jalan cerita yang tidak benar sekali gus menjatuhkan reputasinya.

Advertisement

Tim Rossa juga mendakwa konten-konten yang telah dimanipulasi dan memberi informasi negatif itu telah membuat ramai yang terpedaya. Maka tindakan tegas perlu diambil untuk membendung lebih banyak fitnah beredar terutama di platform seperti TikTok, Instagram sehingga Theards,  lapor Detik.

Salah satu fitnah yang paling disorot adalah tuduhan mengenai kegagalan operasi plastik yang didakwa dilakukan Rossa. Menurut peguam, perubahan penampilan Rossa dalam video yang beredar di media sosial dengan dakwaan pembedahan plastik yang dilakukan gagal adalah hasil solekan daripada juru solek.

"Contohnya Mbak Rossa melakukan operasi yang gagal misalnya seperti itu. Padahal Mbak Rossa tidak melakukan operasi. Namanya seorang artis, seorang diva mempunyai makeup artist yang harus mengikuti trend,” ujar peguam Rossa.

Oleh yang demikian Rossa memberi peluang agar pemilik akaun media sosial yang menyebarkan banyak berita palsu dan fitnah dirinya menghapuskan konten yang telah dibuat.

‘Bukan sekadar hapus konten tetapi juga perlu membuat permohonan maaf terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak kita terpaksa membawa kes ini ke mahkamah,” ujarnya lagi.

Terdahulu satu sidang media diadakan oleh tim Rossa untuk menghentikan fitnah yang disifatkan semakin tidak terkawal. Meski Rossa masih terus popular namun tindakan berpuluh-puluh akaun yang membuat konten buruk tentang Rossa dilihat seperti satu perbuatan terancang dan ia perlu dihentikan.

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

L'Occitane Almond Delicious Hand Cream (30ml)

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Must Watch Video

Advertisement