Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Sifatkan Slam ‘Ada Barang’ JoBranko, Kid dan Aznan Alias Tambah ‘Power’ The Grand Slam Unplugged 2

Astro Gempak slam jon

Sekilas

  • Slam memilih JoBranko, Kid dan Aznan Alias sebagai artis jemputan untuk The Grand Slam Unplugged 2 sebagai tribute kepada pemuzik senior dan untuk menghasilkan kolaborasi unplugged yang unik.
  • Konsert ini akan menampilkan Slam menyanyi sekitar 25 lagu bersama tiga pemuzik hebat dan diiringi oleh 20 pemain orkestra di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 20 Jun.
  • Tiket konsert tersedia dalam beberapa kategori termasuk GRAND VIP, VIP Gold, PS1 Silver dan PS2 Platinum, boleh dibeli di www.ilassotickets.com/thegrandslamunplugged2.
Advertisement

Membesar dengan karya-karya Search dan Wings serta satu tribute buat pemuzik senior handalan tempatan, merupakan justifikasi mengapa Slam memilih JoBranko, Kid dan Aznan Alias untuk berkolaborasi dalam The Grand Slam Unplugged 2.

Slam juga punya alasan tersendiri memilih tiga figura bukan penyanyi, yang biasanya menjadi pilihan sebagai tetamu undangan dalam persembahan pentas.

Advertisement

“Slam membesar dengan karya mereka dan ini juga tribute buat pemuzik senior kita. Selain itu mengapa JoBranko, Kid dan Aznan menjadi artis jemputan kami kerana akan terjadi kolaborasi unplugged yang baik  di antara kami kelak.

“Slam adalah sebuah kumpulan pop jadi bila kami bergabung dengan pemuzik yang bermain genre lain, jadi persembahan akan lebih ‘berwarna’. ‘Warna yang kami mahukan ini boleh terwujud dengan konsep unplugged berbanding bermain secara persembahan elektrik,” ujar Shah sewaktu sidang media The Grand Slam Unplugged 2.

Sementara itu, JoBranko menyifatkan Slam yang ditubuhkan pada awal 90-an sebagai kumpulan yang ‘ada barang’, sekali gus membuat beliau tidak berfikir banyak untuk bersetuju bergabung dalam konsep unplugged yang bakal dipersembahkan pada 20 Jun depan.

“Saya looking forward untuk konsert ini sebab percaya Slam ‘ada barang’ yang membuatkan mereka bertahan sehingga kini dan sentiasa mendapat sokongan peminat,” kata JoBranko.

Kid pula menyifatkan jemputan yang diterima seperti ajakan adik-adik kepada abang atau senior mereka yang perlu dipenuhi.

Manakala Aznan berkata: “Ini satu penghormatan besar buat saya kerana secara peribadi, Slam adalah pemuzik yang memiliki susunan lagu pop Melayu yang sebenar.”

Mengikut perancangan, Slam dan ketiga-tiga pemuzik hebat ini akan berkolaborasi dalam beberapa buah lagu. Slam sendiri memastikan akan menyanyi sekitar 25 buah lagu dan menjanjikan The Grand Slam Unplugged 2 yang bakal berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur adalah momen terbaik buat semua.

“Selain Slam, JoBranko, Kid dan Aznan, konsert ini akan diiringi oleh 20 orang pemain orkestra. Pemilihan Mega Star Arena sebagai lokasi juga bertempatan kerana saya secara peribadi berasa akan mendapatkan kualiti bunyi yang baik dengan konsep unplugged di sini berbanding di tempat lain,” kata Shah.

Dengan semangat Slam yang cukup berkobar untuk mengembalikan nostalgia buat peminat sedia ada sekali gus mengumpul kelompok peminat baharu, pastikan anda menjadi salah seorang saksi pada malam konsert dengan membeli tiket GRAND VIP  RM3000.00 (Couple Sofa),
VIP (Gold)   RM468.00 (Numbered Seating), PS1 (Silver)  RM388.00 (Numbered Seating) dan PS2 (Platinum)  RM368.00 (Numbered Seating)
di www.ilassotickets.com/thegrandslamunplugged2.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement