Skip to main content

Hiburan

Simpan Janggut & Misai, Ada Sebab Ariel Fesol Tampil Dengan Imej Baharu - "Saya Ambil Mood Untuk Jadi..."

Ariel Fesol

Gaya dan penampilan penyanyi, Ariel Fesol baru-baru ini berjaya mencuri perhatian terutamanya bagi peminat Alpha iaitu Alphanites. 

Menurut Ariel, perubahan penampilannya itu bukanlah dirancang sebaliknya sekadar mengikut 'mood' dewasa. 

“Tak adalah sebenarnya saya nak feeling-feeling dewasa. Mungkin sebab nak masuk umur 28 tahun, jadi saya ambil mood untuk jadi seorang yang lebih matang,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Ariel tidak menolak bahawa penampilannya itu mungkin berubah mengikut masa. 

“Imej ini pun tak kekal. Sekarang rasa macam nak bermisai dan berjanggut, jadi saya ikutkan saja. Saya pun tak tahu sama ada akan kekalkan atau tidak, cuma buat masa sekarang inilah mood saya,” jelasnya.

Must-Watch Video

Advertisement