Skip to main content

Hiburan

Simpan Jerung Dalam Akuarium Rumah, Jason Derulo Dikecam

Jason Derulo

Sekilas

  • Jason Derulo menjadi perhatian selepas menempatkan ikan jerung dan pari dalam akuarium besar di kediaman mewahnya di California.
  • Akuarium tersebut dibina di bawah lantai ruang tamu dengan kos tinggi dan mengambil masa lama untuk disiapkan, termasuk penukaran warna lantai bagi menonjolkan ikan jerung.
  • Perkongsian ini mendapat kritikan daripada International Fund for Animal Welfare (IFAW) yang menegur tindakan tersebut kerana memberi mesej negatif tentang pemilikan jerung secara domestik.
Advertisement

Penyanyi antarabangsa, Jason Derulo menjadi bualan dalam kalangan peminat selepas tindakannya yang menempatkan ikan jerung dan pari di kediaman mewahnya di California tular di media sosial.

Menerusi video dimuat naik N3on di YouTube, Jason menunjukkan satu tangki akuarium berbentuk bulat yang dibina di bawah lantai ruang tamu dan dilitupi kaca, membolehkan orang ramai melihat haiwan tersebut berenang dari atas.

Advertisement

Menurut Jason, pembinaan akuarium berkenaan memerlukan kos yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

“Pada asasnya saya mendapatkan kontraktor kolam renang untuk membina struktur asasnya, kemudian pasukan akuarium pula memasang keseluruhan sistem itu.

“Saya juga menukar lantai kerana warna asal tidak menampakkan jerung dengan jelas, jadi saya memilih latar belakang berwarna putih,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang kritikan daripada pertubuhan kebajikan haiwan, International Fund for Animal Welfare (IFAW) yang mengecam teruk tindakan pelantun lagu Dirty Talk itu.

“Menormalkan pemilikan jerung dalam tangki domestik menghantar mesej yang membimbangkan kepada penonton di seluruh dunia.

“Jerung kini berdepan pelbagai ancaman termasuk penangkapan berlebihan, pencemaran dan kemusnahan habitat,” kata wakil IFAW.

Sumber: The Independent

Anda mungkin berminat dengan

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Pelita Buluh Solar Light LED Lights Pelita Bamboo Pelita Solar Raya Lampu Kelip Kelip Lampu Raya

SUPERSAVE Pelita Buluh Solar Light LED Lights Pelita Bamboo Pelita Solar Raya Lampu Kelip Kelip Lampu Raya

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

Purfresh 200g Natural Mosquito Repellent Scented Gel | Long-Lasting Solid Fragrance with Essential Oils | For Car & Home

Purfresh 200g Natural Mosquito Repellent Scented Gel | Long-Lasting Solid Fragrance with Essential Oils | For Car & Home

【SHIPPING PROMO】【DJ 2026】50-80cm Foldable 2-Door Storage Cabinet with Wheels Rak Kabinet LipatBeroda

【SHIPPING PROMO】【DJ 2026】50-80cm Foldable 2-Door Storage Cabinet with Wheels Rak Kabinet LipatBeroda

⭐⭐ New bedroom bedside lamp with timer function, brightness adjustment,lampu malam creative LED gift

⭐⭐ New bedroom bedside lamp with timer function, brightness adjustment,lampu malam creative LED gift

Must Watch Video

Advertisement