Skip to main content

Hiburan

"Simple Words Macam Ini Pun Dah Cukup Buat..." - Anzalna Nasir

"Simple Words Macam Ini Pun Dah Cukup Buat..." - Anzalna Nasir

Sekilas

  • Anzalna Nasir terharu apabila anaknya, Eidrees, menghargai usaha ibu menyediakan bekal makanan ke sekolah.
  • Ucapan ringkas Eidrees, "Thank you mommy masak sedap," memberi semangat kepada Anzalna untuk terus memasak dengan lebih baik.
  • Eidrees berkongsi bahawa rakan-rakannya terkejut dan tertarik dengan bekal yang dibawanya, membuatkan Anzalna ingin menyediakan lebih banyak makanan untuk dikongsi bersama.
Advertisement

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa terharu apabila anaknya, Eidrees menghargai usaha yang dilakukannya sebagai seorang ibu dalam menyediakan bekal makanan untuk ke sekolah.

Menurut Anzalna, ucapan ringkas daripada anaknya itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus memasak dan melakukan yang terbaik buat anak-anak.

Advertisement

"Paling buat I happy bila Eidrees cakap, ‘Thank you mommy masak sedap.’

“Simple words macam ini pun dah cukup buat I rasa bersemangat nak masak lagi dan buat yang lebih baik untuk anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Anzalna turut tersentuh apabila mendengar cerita mengenai bekal makanan yang dibawa Eidrees ke sekolah.

Menerusi hantaran itu, Eidrees memberitahu rakan-rakannya terkejut melihat makanan yang dibawa dalam lunch box.

Mendengar cerita tersebut, Anzalna mengakui terus terdetik untuk menyediakan lebih banyak makanan supaya anaknya dapat berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah.

“Eidrees balik sekolah hari ini cerita kawan-kawan dia terkejut tengok lunch box dia. I tanya kenapa, katanya kawan-kawan cakap makanan dia nampak sedap sampai ada yang minta makanan dia.

“Terus I rasa nak buat lebih untuk kawan-kawan dia sekali. Tak sampai hati pula dengar,” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement