Skip to main content

Hiburan

SINAR Perkenalkan Penyampai Baharu Untuk Segmen Pagi dan Petang Mulai 9 Febuari 2026

Sinar FM

Stesen radio SINAR, yang sinonim dengan tagline “Muzik Retro Terbaik”, hari ini mengumumkan penyusunan semula barisan penyampai dengan memperkenalkan gandingan baharu bagi segmen pagi dan petang. 

Langkah ini diambil bagi memastikan SINAR terus relevan serta memberikan nafas dan pengalaman baharu kepada para pendengarnya. 

Mulai 9 Februari 2026, dua segmen utama akan menampilkan wajah dan suara baharu seperti berikut: 

Segmen Baharu Gen Pagi SINAR 6.00 pagi – 10.00 pagi 

Menampilkan gandingan tiga penyampai: Hefny, Roy Azman dan Sharifah Shahira. 

Trio ini dijangka membawa energi segar, humor spontan serta kandungan hiburan yang dekat dengan hati pendengar SINAR.

Brader Brader SINAR 4.00 petang – 8.00 malam 

Diterajui oleh Falyq, Ray, dan Rahim, segmen ini menawarkan hiburan santai, interaksi mesra bersama pendengar, serta muzik retro terbaik sebagai teman perjalanan pulang. 

Segmen Lain Kekal Seperti Biasa 

SINAR Solo – Dina 10.00 pagi – 1.00 petang 

RSVP SINAR – Sarah Kamilla 1.00 petang – 4.00 petang 

Rehat dan Relax SINAR – Putra 8.00 malam – 12.00 tengah malam 

Pengurus Jenama SINAR, Zureen Afendi, berkata: “Pengenalan barisan penyampai baharu ini, khususnya bagi segmen pagi dan petang, adalah sebahagian daripada usaha strategik SINAR untuk terus mengekalkan kedudukan kami sebagai stesen radio pilihan pendengar dewasa di Malaysia. 

Kami sentiasa menilai kehendak pasaran serta perubahan corak pendengaran, dan daripada situ kami melihat keperluan untuk memperbaharui tenaga di dua segmen paling tinggi tumpuan ini.” 

“Gandingan baharu ini bukan sekadar pertukaran penyampai, tetapi merupakan suntikan personaliti yang mampu memberikan dinamika yang lebih segar, relevan, dan dekat dengan jiwa pendengar. Kami memilih Hefny, Roy Azman dan Sharifah Shahira untuk segmen pagi kerana ketiga-tiganya memiliki daya tarikan tersendiri kefasihan berkomunikasi, humor semula jadi serta kebolehan menghidupkan suasana pagi dengan sangat positif.” 

“Begitu juga dengan barisan Brader Brader SINAR. Falyq, Ray dan Rahim mempunyai keserasian yang kuat serta gaya ‘borak santai’ yang sesuai untuk pendengar yang sedang dalam perjalanan pulang selepas seharian bekerja. Kami yakin gabungan ini mampu menjadi peneman setia yang menghiburkan tanpa mengabaikan identiti kami.” 

“Walau bagaimanapun, meskipun terdapat pembaharuan, DNA SINAR tetap kukuh. Kami masih berpegang kepada tagline ‘Muzik Retro Terbaik’, kerana itu adalah akar jenama kami dan sebab utama pendengar terus kembali kepada SINAR. Pembaharuan ini adalah usaha memastikan pengalaman mereka kekal relevan dan segar, tanpa kehilangan sentuhan nostalgia yang menjadi kekuatan SINAR sejak dulu.” 

“Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar yang terus menyokong SINAR. Kami percaya perubahan ini akan membawa SINAR ke tahap lebih baik, dan kami teruja untuk para pendengar merasai sendiri pengalaman baharu bermula 9 September 2026.” 

SINAR ialah sebahagian daripada 13 rangkaian radio di bawah Astro Audio. Sebagai stesen radio berbahasa Melayu, SINAR memfokuskan kepada lagu-lagu popular era 90-an, menjadikannya pilihan utama pendengar di Malaysia. 

Dengan hampir 4 juta pengikut di media sosial, SINAR terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama Muzik Retro Terbaik. Selain mendengar melalui frekuensi radio, orang ramai boleh mengikuƟ SINAR di plaƞorm media sosial rasmi atau memuat turun aplikasi SINAR melalui App Store, Play Store dan Huawei AppGallery. 

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement