Skip to main content

Hiburan

Sissy Imann Luah Rasa Syukur, Doa Hari Arafah Dimakbulkan - "Saya Minta Cepat..."

Astrogempak SISSY

Sekilas

  • Sissy Imann berkongsi doa Hari Arafah tahun lalu yang memohon dipertemukan jodoh terbaik dan doa itu dimakbulkan apabila dia berkahwin setahun kemudian.
  • Pelantun lagu Mungkin Kamu itu berkahwin dengan Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah pada 12 Disember 2025 dalam majlis akad nikah yang sederhana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
  • Majlis pertunangan mereka turut berlangsung dengan pertukaran hantaran dan Sissy menerima tiga cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan.

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann berkongsi mengenai doa yang dipanjatkannya pada Hari Arafah tahun lalu yang akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Menurut Sissy, antara doa yang dipinta ketika itu adalah dipertemukan dengan jodoh terbaik buat dirinya.

“Salah satu doa Hari Arafah saya tahun lepas, saya minta cepat dipertemukan jodoh yang tepat dan next Hari Arafah saya dah kahwin.

“Masa tu boyfriend pun tak ada. Hari Arafah tahun ni, saya dah kahwin,” kongsinya.

Tambah Sissy lagi, doanya ketika itu sangat spesifik sehingga dia sendiri terharu apabila mengenangkan bagaimana segala yang dipinta akhirnya menjadi kenyataan.

“The doa was so specific like, ‘Ya Allah tahun depan Hari Arafah I nak ada husband yang best for me please’.

“Alhamdulillah,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa syukur apabila doa yang dimohon oleh pelantun lagu Mungkin Kamu itu dimakbulkan Allah SWT.

Sekadar info, Sissy Imann, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah pada 12 Disember 2025.

Majlis akad nikah yang berlangsung secara sederhana tetapi penuh bermakna itu diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas dengan tiga dulang daripada pihak perempuan.

Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement