Pelakon Siti Hariesa menafikan dakwaan kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Menurut Hariesa atau nama sebenarnya Siti Hariesa Muhammad, 27, dia mengakui sudah mempunyai teman istimewa, namun belum ada sebarang perancangan rasmi ke arah perkahwinan.
Advertisement
“Tak ada apa-apa lagi sebenarnya. Memanglah nak kahwin, tapi setakat ini belum ada perancangan pun.
“Insya-Allah kalau sampai jodoh nanti, adalah. Tapi buat masa sekarang belum lagi,” katanya.
Tambah Hariesa, dia dan kekasihnya memang mempunyai hasrat untuk membawa hubungan ke fasa lebih serius, namun enggan terburu-buru dalam membuat keputusan besar itu.
“Sudah semestinya saya nak bawa hubungan ni ke langkah seterusnya, bukan sekadar girlfriend-boyfriend je. Tapi tak rush pun, biar masa yang tentukan,” ujarnya lagi.
Pelakon drama Si Jantung Hati itu turut menjelaskan dia lebih selesa untuk tidak berkongsi terlalu banyak mengenai kehidupan peribadi di media sosial.
“Kalau kahwin nanti, barulah saya kongsi. Tapi buat masa sekarang, saya tak bagi hint apa-apa pun. Biar orang tahu bila tiba waktunya,” katanya.
Sebelum ini, Siti Hariesa mendedahkan sudah mempunyai hubungan istimewa dengan jejeka yang tidak didedahkan identitinya kepada umum.