Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Ada Sebab Tersendiri, Nafi Tak Sokong Konsert Artis Malaysia - “Saya Memang Datang Je…”

Astrogempak SITI

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa menyokong industri muzik tanah air, terutamanya artis senior yang banyak menyumbang kepada dunia hiburan tempatan.
  • Walaupun gemar menghadiri konsert artis kegemaran, kekangan masa dan komitmen keluarga kadangkala menghalangnya daripada hadir.
  • Jika mempunyai masa lapang, Siti tidak teragak-agak untuk hadir dan memberikan sokongan kepada mana-mana artis tempatan.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan dirinya sentiasa menyokong industri muzik tanah air termasuk artis-artis senior yang banyak mewarnai dunia hiburan tempatan.

Menurut Siti, dia sememangnya gemar menghadiri konsert atau persembahan artis yang diminatinya, namun kekangan masa dan komitmen bersama keluarga kadangkala membataskan hasrat tersebut.

“Bagi saya sudah semestinya saya akan sokong industri muzik tanah air, lebih-lebih lagi yang lebih senior pada saya. 

“Cuma ada waktu saya tak dapat juga nak hadir, memang saya nak pergi tengok saya tahu anda semua bercakap pasal Fauziah Latiff, saya suka lagu-lagu dia tapi saya ada keluarga yang saya kena ikut jadual keluarga. 

“Kadang-kadang malam itu ada orang datang ke rumah, ada perancangan bersama anak-anak, jadi itu yang menjadi kekangan,” katanya kepada Gempak. 

Bagaimanapun, ujar Siti, sekiranya dia mempunyai waktu lapang, dia tidak teragak-agak untuk hadir memberikan sokongan kepada mana-mana artis tempatan.

“Tapi kalau saya free, saya memang datang je tak kisah artis mana pun, kalau saya suka saya akan datang menonton,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement