Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Cipta Sejarah, Tampil Dengan Single Lagu Mandarin Penuh Pertama Bersama Firdhaus

Astro Gempak 235

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan lagu Bahasa Mandarin penuh pertama berjudul Be Like Water bersama penyanyi muda Firdhaus sebagai lagu tema rasmi CSR CUCKOO Malaysia.
  • Lagu ini diinspirasikan oleh falsafah Bruce Lee "Be water, my friend" dan mengangkat mesej kasih sayang, harapan, serta keprihatinan dengan sentuhan orkestra Budapest Scoring Orchestra dan Dandelion Choir.
  • Video muzik dirakam di Dewan Filharmonik PETRONAS dengan gabungan elemen sinematik dan persembahan orkestra serta koir, menandakan simbol penyatuan generasi dan budaya melalui muzik.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta satu lagi sejarah dalam perjalanan seninya apabila tampil dengan lagu Bahasa Mandarin penuh pertama menerusi single duet berjudul Be Like Water bersama penyanyi dan pencipta lagu, Firdhaus.

Lebih istimewa, karya tersebut bukan sekadar kolaborasi sulung mereka, malah diangkat sebagai lagu tema rasmi tanggungjawab sosial korporat (CSR) CUCKOO Malaysia menerusi Projek CUCKOO Loves, Cares.

Lagu ciptaan dan nukilan sepenuhnya oleh Firdhaus itu mengangkat mesej kasih sayang, harapan dan keprihatinan dengan menjadikan falsafah air sebagai simbol ketabahan serta kelembutan dalam mengharungi kehidupan.

Inspirasi lagu berkenaan tercetus daripada falsafah legenda seni mempertahankan diri, Bruce Lee iaitu “Be water, my friend” yang membawa maksud kemampuan seseorang menyesuaikan diri dengan cabaran hidup tanpa kehilangan jati diri.

Menerusi lirik yang puitis, Be Like Water menggambarkan kasih sayang sebagai satu kekuatan yang tenang tetapi mampu membawa perubahan besar tanpa perlu ditonjolkan secara berlebihan.

Kolaborasi itu turut menjadi detik bermakna buat Siti yang mengakui sudah lama mengagumi bakat penulisan lagu dimiliki Firdhaus sebelum memilih penyanyi berusia 24 tahun itu untuk menjayakan projek berkenaan.

Sepanjang proses rakaman, Firdhaus turut membimbing Siti dalam aspek sebutan Bahasa Mandarin bagi memastikan setiap bait lirik disampaikan dengan tepat.

Projek tersebut turut merealisasikan impian Firdhaus untuk menghasilkan karya berteraskan orkestra apabila rakaman menampilkan Budapest Scoring Orchestra dan Dandelion Choir di bawah sentuhan penerbit serta penggubah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

Mengiringi pelancaran lagu itu, video muzik arahan Jasmine Wong menjalani penggambaran di Dewan Filharmonik PETRONAS dengan menampilkan persembahan Selangor and Kuala Lumpur Orchestra & Choir (SKOC) bersama Yoke Nam Choir.

Gabungan elemen sinematik, susunan muzik orkestra dan harmoni vokal kedua-dua penyanyi menjadikan karya berkenaan sebagai simbol penyatuan generasi serta budaya menerusi muzik.

Be Like Water dipersembahkan buat kali pertama secara langsung pada majlis pelancaran rasmi Projek CSR CUCKOO Malaysia sebelum kini boleh distrim di semua platform penstriman digital utama.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement