Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza ‘Join’ Trend Jawab Salah, Mahu Hidang Tetamu 3 Bakul Baju Belum Lipat Sambil Tonton Papa Zola The Movie

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan respon lucu terhadap posting di Threads yang meminta jawapan salah tentang hidangan raya.
  • Siti mencadangkan untuk hidangkan baju tiga bakul belum lipat sambil menonton filem Papa Zola sebagai jawapan jenaka.
  • Filem Papa Zola The Movie kini boleh ditonton di Astro First, On Demand, dan aplikasi Sooka dengan harga RM15 untuk tontonan 48 jam.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian apabila memberikan respon lucu terhadap satu posting dibuat seorang pengguna di Threads.

Menerusi hantaran yang dibuat pengguna bernama @erynngojes, wanita itu meminta warganet memberikan jawapan yang salah terhadap pertanyaannya

“Raya nanti korang hidangkan apa untuk tetamu? Jawapan salah sahaja,” tulisnya ringkas.

Tanpa disangka-sangka, ciapannya itu mendapat perhatian Siti yang turut memberikan responnya di ruangan komen.

“Hidangkan baju tiga bakul belum lipat dan marilah kita sama-sama lipat sambil tonton Papa Zola The Movie… boleh gitu?,” seloroh Siti.

Komen yang ditinggalkan Siti kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan pelantun lagu Wajah Kekasih itu.

Sekadar info, Papa Zola The Movie kini temui penonton bermula 19 Mac di platform Astro First.

Penonton boleh menonton filem ini melalui saluran 480, perkhidmatan On Demand atau menerusi aplikasi penstriman Sooka.

Papa Zola The Movie boleh dilanggan dengan harga hanya RM15 untuk tontonan tanpa had selama 48 jam bermula hari ini, sekali gus memberi peluang kepada peminat menonton aksi dan telatah Papa Zola yang pastinya mencuit hati penonton.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must-Watch Video

Advertisement