Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Aina Abdul yang meraih tempat keempat di Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok.
- Aina Abdul mewakili Malaysia dengan lagu ciptaannya sendiri, Bluest Sky, dan berjaya mengumpul 152 markah keseluruhan.
- Wakil Filipina, Carmelle, muncul juara dengan lagu Sobra-Sobra, mengalahkan peserta dari 11 negara Asia lain.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga dengan pencapaian penyanyi, Aina Abdul yang meraih tempat keempat di saingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, malam tadi.
Menerusi hantaran di Threads, Siti Nurhaliza memaklumkan Aina sudah memberikan yang terbaik ketika mewakili Malaysia menerusi persembahan luar biasa menerusi lagu ciptaannya yang berjudul Bluest Sky.
“Kami bangga denganmu Aina Abdul.
“Aina sudah pun berikan yang luar biasa. Pengalaman yang sangat berharga buat Aina,” kongsi Siti.
Dalam pertandingan yang menghimpunkan wakil dari 11 negara Asia itu, Aina mempertaruhkan lagu balada berjudul Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama-sama Mac Chew yang berjaya mengumpul 152 markah keseluruhan.
Wakil Filipina, Carmelle muncul juara edisi sulung pertandingan berkenaan menerusi lagu Sobra-Sobra selepas mengumpul 211 mata keseluruhan.
Negara lain yang turut mengambil bahagian ialah Thailand, Vietnam, Nepal, Korea Selatan, Mongolia, Bangladesh, Kemboja, Laos dan Bhutan.
Sumber: Threads