Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Menitis Air Mata Saat Ziarah Tun Dr Hasmah, Sempat Beri Penghormatan Terakhir

Siti Nurhaliza Menitis Air Mata Saat Ziarah Tun Dr Hasmah, Sempat Beri Penghormatan Terakhir

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza menitiskan air mata ketika menziarahi Allahyarham Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali hari ini.
  • Siti memberikan ciuman terakhir dan menyantuni Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam suasana penuh hiba.
  • Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun, dikenang sebagai tokoh wanita penyayang dan berjiwa keibuan.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali, hari ini.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Siti yang tampil mengenakan jubah serba hitam dilihat menitiskan air mata ketika berdiri di sisi Allahyarhamah.

Advertisement

 

 Dalam rakaman sama, pelantun Cindai itu turut sempat memberikan ciuman terakhir kepada Allahyarhamah sebagai tanda penghormatan dan kasih.

 

Advertisement

Siti kemudian dilihat menyantuni Tun Dr. Mahathir Mohamad serta bersalaman dengan bekas Perdana Menteri itu dalam suasana penuh hiba.

Sebelum ini, Siti menyifatkan pemergian Tun Dr. Hasmah sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia selain mengenang Allahyarhamah sebagai tokoh wanita penyayang, lemah lembut dan memiliki sifat keibuan yang tinggi.

Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi pada usia 100 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement