Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Pimpin Bacaan Ikrar, Bella Astillah & Hujan Meriahkan Malaysia Sarong Music Run 2026

Siti Nurhaliza Pimpin Bacaan Ikrar, Bella Astillah & Hujan Meriahkan Malaysia Sarong Music Run 2026

Sekilas

  • Malaysia Sarong Music Run 2026 akan diadakan di KLCC pada 19 September dengan penyertaan penuh seramai 20,000 peserta tempatan dan antarabangsa.
  • Acara larian 5 km ini menggabungkan elemen muzik, budaya, dan pemakaian kain sarung sebagai simbol kepelbagaian masyarakat Malaysia.
  • Antara tarikan tahun ini termasuk bacaan ikrar oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, persembahan budaya di checkpoint, serta konsert oleh kumpulan popular seperti Hujan dan Bella Astillah.
Advertisement

Seramai 20,000 peserta tempatan dan antarabangsa bakal membanjiri Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi menyertai Malaysia Sarong Music Run 2026 pada 19 September ini.

Memasuki edisi ketiga, acara berkonsepkan budaya itu sekali lagi menggabungkan larian sejauh lima kilometer dengan elemen muzik, kebudayaan serta pemakaian kain sarung sebagai simbol kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Advertisement

Pengasas Malaysia Sarong Music Run, Eddy Casmady berkata, penganjuran tahun ini mahu terus membawa warisan negara dalam bentuk lebih segar dan dekat dengan generasi muda.

“Edisi ketiga ini mencerminkan sambutan positif masyarakat terhadap acara yang menggabungkan gaya hidup sihat dengan penghargaan terhadap budaya.

“Kami mahu setiap peserta bukan sahaja pulang dengan pengalaman larian yang menghiburkan tetapi juga rasa bangga terhadap warisan Malaysia,” katanya.

Advertisement

Antara yang menarik dan berbeza untuk tahun ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijadualkan memimpin bacaan ikrar Malaysia Sarong Music Run 2026 selepas tugas tersebut dilakukan Bella Astillah pada edisi lalu.

Siti bakal diiringi Christy Ng, Pinn Yang dan Bengap Brothers dalam segmen berkenaan.

Sepanjang laluan, peserta turut disambut dengan pelbagai persembahan di beberapa ‘checkpoint’ termasuk tarian pelbagai budaya serta pertandingan dikir barat melibatkan beberapa kumpulan.

Lebih menarik, kibaran Jalur Gemilang sepanjang kira-kira dua kilometer turut menjadi antara tarikan selain pelbagai persembahan yang ditambah berbanding tahun sebelumnya.

Acara tersebut juga bakal dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Hujan, Bella Astillah, Budak Nakal dan Hujung Simpang.

Pelepasan rasmi peserta bagi larian lima kilometer pula dijadualkan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendaftaran Malaysia Sarong Music Run 2026 kini ditutup selepas mencapai kapasiti penuh 20,000 peserta dengan yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM65 setiap peserta.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

Must Watch Video

Advertisement