Skip to main content

Selebriti

Siti Sairah Ambil Kejadian Menimpa Amad Sebagai Pengajaran, Sering Pesan Untuk Lebih Hati-Hati - “Jangan Ada Iri Hati, Rasa Benci Dengan Orang”

Siti Sairah Ambil Kejadian Menimpa Amad Sebagai Pengajaran, Sering Pesan Untuk Lebih Hati-Hati

Ibu dan pengurus kepada penyanyi, Ahmad Dayyan iaitu Siti Sairah mengakui kejadian yang menimpa anaknya baru-baru ini menjadi satu pengajaran besar buat keluarga mereka agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Bagaimanapun kata Sairah yang juga merupakan seorang penyanyi, dia memilih untuk tidak menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka.

Advertisement

“Apa yang berlaku itu kita tidak menyangka, apa yang penting sekarang ini kita prepare kan diri. Kadang-kadang ialah dalam dunia ini kita tidak tahu niat orang itu baik atau buruk,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Sairah berkata dia sentiasa mengingatkan diri serta anak-anaknya agar menjauhkan diri daripada sifat iri hati dan kebencian terhadap orang lain.

“Jadi pada kita, saya sentiasa ajar diri saya, anak-anak saya, kita jangan ada iri hati dengan orang, jangan ada rasa perasaan benci dengan orang. 

“Yang penting kita berterima kasih pada orang, welcome orang macam mana sekali pun orang buat atau apa, kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada Allah,” katanya.

Ditanya sama ada kakaknya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menitipkan pesanan, Saidah berkata biduanita negara itu turut menasihatkan agar mereka tidak terus mengenang perkara yang sudah berlalu, sebaliknya menjadikan pengalaman tersebut sebagai pedoman untuk masa hadapan.

“Siti pun ada cakap benda yang berlaku ini kita tak perlu nak ingat lagi, benda yang lepas biarlah lepas. Benda itu jadikan satu iktibar untuk kita supaya akan datang kita boleh ingat.

“Siti bila dia pesan itu adalah untuk diri kita, pada Amad untuk sentiasa bersedia apa sahaja yang berlaku.

“Sebab apa yang berlaku pada Amad itu untuk umur dia sangat muda, jadi dia sudah melalui cabaran itu tak mengapa. Yang penting sekarang ini kita pandang ke hadapan sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, Amad sebelum ini mengejutkan peminat  apabila secara tiba-tiba jatuh sakit dan rebah di atas pentas ketika sesi persembahan secara langsung pada malam Grand Finale TTMM.

Insiden tersebut mengejutkan ramai pihak dan menimbulkan kebimbangan tentang tahap kesihatannya.

Must-Watch Video

Advertisement